Kemain tajuk penulisan ai hari ini. Mempromosi sangat bunyi nya. Mementang sudah. Iya lah,first time kate ko. Macam rasa hebat pulak. Hahaha!
Sebenarnya appointment aku sepatutnya just untuk check up doktor sebab aku ambil pil perancang. First time buat buku mesti kena jumpa doktor. Aku kan beranak cesar. So WAJIB ambil perancang sebab takut terbabas. Gile ko kalau aku pregnant lagi dalam masa setahun? Kalau ikut hati memang nak. Kalau bersalin normal lah. Tapi ni keluar ikut tingkap,kena jugak tahan. Nanti doktor marah. Sebab jahit-jahit sulaman bagai ambil masa nak baik. Sunan,mohon sabar nak dapat adik k. Tunggu dah derejah 1 baru mama bagi adik buat tinju.
Appointment aku pukul 2 pm. Pagi-pagi dah bagitahu biras yang aku nak halfday. Well,macam biasa,memang senang bak hang nak dapat. Ingat boleh ke kau suke-suke hati nak datang,suke-suke hati nak cuti kendian baru inform,suke-suke hati nak halfday mengejut and suke-suke hati bawak anak ke ofis kalau kerja dengan orang lain? Tak nye hado dapat. Sebab tu kalau aku fikir nak cari kerja lain buat masa ni sebab Sunan baby sangat lagi,rasa macam rugi. Bukan tak ada kerja lain tapi tu lah. Ok,jom kembali ke pangkal cerita.
Aku pergi klinik sendiri je. Sunan tinggal dengan MIL. Beliau tak dapat nak hantar sebab berlambak engine kat workshop. Hover! Haha. First time ni okay aku drive sendiri ke bandar kuale. Memula beliau pun macm waswas. Eh,boleh ke? Betul ke boleh? Boleh ke betul? Dush! Macam tak reti pulak bini dia ni pernah drive ke Muar and Gua Musang. Lagi jauh. Setakat bandar kuale tu,pedehal. Pergh,berlagak. Padahal tadi tangan kaki ade ketar. Bandar orang,bukan bandar awok.
Semalam masa nurse call,aku ingat dia suruh datang untuk check up je. Ghopenya kena buat pap smear sekali. Mana-mana perempuan yang pernah mengandung and bersalin,memang kena buat. Ujian pangkal rahim ayat senangnya. Aku pun macam,oh,ok lah. Buat je lah. So sampai je ke klinik,macam biasa tunggu giliran. Orang kemain ramai. Lepas tu macam teringat. Oh,hari Rabu. Memang akan ramai orang. Since aku mengandung lagi,kalau kena check up hari Rabu,confirm ramai.
Dah nama klinik ibu dan anak,mesti ramai mak bapak bawak baby and anak. Tengok mak dalam pantang bawak baby untuk check up,terimbas pulak kenangan memula bersalin. Warghhh... rindu okay. Warded sebab Suan jaundice,daily check up,follow up. Rindu ok,rindu. Sunan,why u grow up so fast?? Haha. Pastu tetiba rindu anak. Lambat gile rasa masa berlalu nak balik. Mengundang penampo je perasaan mak sewel ni.
Bila nama aku kena panggil,laju je aku masuk bilik check up. Ayat pertama aku tanya nurse tu,sakit tak buat pap smear? Ades,ngape ngko Fara? Macam bebudak baru nak cucuk BCG je soal ke nurse. Then baik je nurse tu jawab. Ngilu sikit je. Haaa,diam terus aku. Aku tak suka benda-benda ngilu ni. Cuba kau gores kuku kat papan hitam kalau nak tengok aku hempuk kau dengan meja. Gitu lah kekdahnya. Lepas tu dia suruh aku baring and tanya,tahu tak cara nak bersalin punya posisi. Mana lah aku tau ye dak. Ada lah nurse ajar dulu tapi tak dipraktikkan,lupa lah aku ni. Tapi tadi dia ajar. Aku memang pantang orang pegang kaki. Rasa macam nak terajang je tapi sebab ini mesti,redha kan je lah. Tapi eh,tak sampai lima minit pun. Dia masukkan alat macam nak ukur bukaan time nak bersalin tu tak sampai dua minit then keluarkan balik. Kita tunggu 6 bulan untuk result.
Dah siap pap smear,,tunggu giliran jumpa doktor pulak. Mujur sekejap je tunggu. Tak sampai seploh minit,terus nombor kena panggil. Masuk-masuk je,dah duduk,terus doktor tanya ada masalah apa-apa tak since makan ubat tu. Laju je aku jawab ada. Serius wei,badan aku naik gatal-gatal alergik tu. Terseksa ya amat. Tergaru-garu macam kera. Sabar je lah. Aku tunjuk tempat-tempat naik gatal tu,tempat yang senag nampak macam kat kaki and tangan. Terus dia buat muka simpati. Haha! Memang aku ni first case lah alergik ubat perancang. Then dia rujuk doktor pakar. Terus aku dapat advise tak payah makan ubat sampai betul-betul okay. Dah okay,datang balik ambil ubat jenis lain. Ataupun pasang alat kat pintu rahim. Gitu. Lagi dua minggu kita maghi lagi deh.
Esok hantar Sunan pulak check up. Kena half day sekali lagi. Nasib lah abang biras dapat pekerja macam aku ni. Haha!
No comments:
Post a Comment