Awesome Followers

13 August 2014

Dulu Lain..Sekarang Lain...

Sejak ada anak ni,semua benda jadi bertukar 360 degree. Nampak betapa melampau nya perubahan yang dialami kan. Memang tak dinafikan okay. Segala-segalanya kena dahulukan Sunan kalau mata dia terbukak bak johan. Kalau datang angin dia tak nak tidur,satu kerja pun tak jalan.

Aku kan bekerja. Jadi mak dan isteri yang bekerja ni,kena jadi super duper power lah kan. Time kerja aku dari pukul 8 am - 5 pm. Bila balik kerja tu,baru dapat suam-suamkan mood,dah beliau ajak jenjalan pusing-pusing. Ni aktiviti wajib setiap petang untuk bawak Sunan pusing-pusing naik motor keliling kampung. Baru jiwa dia tenang damai. Kalau tak bawak,mula lah dia buat hal meraung tak tentu pasal,tanpa sebab yang kukuh. Ye lah,nak kata lapar susu,dah bergelen dia teguk. So,nak tak nak,kena lah bawak. Anak aku tu demand melangit. 

Kalau dah pusing-pusing tu,kalau ambil masa seploh minit ke hape,aku tak kisah pun. Ini kang 6.30 pm baru balik. Dah sampai rumah,kena layan kerenah Sunan ni. Susukan sekali lagi and tidurkan. Puuuunnnnn lah dia tak nak. So kena lah tunggu sampai dia betul-betul nak tidur. Sebab selagi dia tak tidur,aku memang tak boleh nak mengemas. Kang ter hek hek,terkejar-kejar lah aku. Aku dah lah tak boleh berlari sangat. Sudahnya,aku bagi dia hadap tv. Hengko layan lah tv tu sambil mak hengko ni siapkan kerja rumah.

Pernah kau tengok orang setel kerja rumah harian pukul 8? Selalunya pagi or tengah hari dah siap kan. Hahaha. Aku terpaksa lah buat runcit-runcit sebab beliau ke masjid. Kalau beliau ada,memang beliau tukang layan Sunan. Dapat lah aku siapkan cepat. Tapi sejak ada anak ni,kemain rajin ke masjid berjemaah. Alhamdulillah,semoga diteruskan. And sepanjang beliau ke masjid,aku kena berganda laju lah. Aku rasa tak payah ke gym pun,aku boleh kurus. Aiceh!

So dah siap kemas,kena lah masak kan. Masak-masak tak ambil masa lama tapi masa nak start tu yang kemain lewat. Sekarang ni,time masak aku memang pukul 9 pm. And Sunan still tak nak tidur. Beliau dah balik,boleh la agah-agahkan. Kang bila dah siap masak,jangan harap dapat nak makan terus. Kena tidurkan dia dulu. Ni WAJIB. Kalau tak kang,dia meragam sebab tak ada orang duduk dengan dia. Pe'el anak aku,kena lah ada orang yang duk hadap muka dia 24/7 . Kalau tak,memang dia sendu. Gitu.

Nak tunggu dia tidur,MasyaAllah,memang lama. Kadang-kadang nak dekat pukul 11 baru dapat makan. Itu pun makan dalam suram-suram cahaya. Kalau terang-benderang kang,Sunan tak nak tidur. See,kemain diva anak aku tu kan. Terpaksa lah layankan aje supaya dia tak rasa mak pak dia ni melayani dia bak Cinderella yang dianaktirikan. Hahahhahaha.

Mandi pun,aku yang paling lewat ok. Dah setel semua kerja rumah,masak,makan bagai,baru dapat restkan badan. Baru lah aku dapat spent time untuk diri sendiri. Tak kisah lah pukul berapa pun. Jam tu,jangan lah ada sesiapa nak kacau. Terbantut keseronokan ai.

Tapi kalau difikirkan,kalau hari-hari makan lewat,bila mama nak kurus Sunan oiiiiii??


No comments: