Awesome Followers

25 August 2014

Selamat Pulang Warga Malaysia

Aku rasa,since kejadian yang menimpa MH17,memang aku tak ada update kot entri pasal tu. Bukan tak alert tapi aku rasa better aku just tengok,dengar and doa sendiri. Gitu. Sebab nak cerita lelebih,aku tak reti sebab aku tak arif. Better aku dengar and buat ulasan sendiri dengan beliau. Beliau kan suka sangat dengar aku bercerita. Kalau aku cerita pasal duyung pun dia dengar kan je. Tapi last-last kang suruh tunjuk bukti. Dah kena bukak youtube bagai. Hahahaha.

Kalau MH370 yang still missing and tak tahu situasi pun boleh buat aku sebak setiap kali teringat keadaan passengers,inikan pulak MH17 yang ditembak jatuh. Aku tak dapat bayangkan macam mana all the crews tenangkan penumpang yang tengah panik gegila. Dah tentu-tentu crews pun panik. Ye lah,dalam hati maybe fikir this is the end tapi kena jugak bagi penumpang fikir positif. Sebab memang tugas.

Tak terbayang keadaan penumpang masa tu. Aku kalau boleh taknak pun bayangkan. Sebab memang selalu tengok movie yang airplane crashed,mesti penumpang menjerit-jerit. Mesti MH17 passengers pun macam tu. Mana yang dengan family,mesti tengah peluk bagai,keep calm each other. Yang mana dengan baby,mesti tengah peluk baby kuat-kuat. Tak nak baby terhentak atau cedera. Macam aku yang dah mak-mak ni,dalam kereta pun pegang Sunan kuat-kuat especially kalau terlanggar bonggol. Inikan pulak kena tembak.

Allah...

Besar dugaan yang menimpa. Bagi family,friends,MAS,pemimpin.. Tengok iklan pasal MH17,yang end up dengan muka DS Najib Razak tu,dapat rasa yang beliau letih sangat. Sedih. Sayu. Semua satu dalam diri. Belum selesai isu MH370,yang ni pulak menyusul. Kalau aku pun,terduduk. Tapi ada segelintir masyarakat yang tak habis-habis blame kerajaan. Enough lah. Allah dah berbicara dengan kita ni. Twice. Bersatu hati lah *tetiba sangat*

Paling aku terkesan dengan tragedi ni,bila tengok anak Allayarhamah Mastura Mustafa yang duduk tepi keranda jenazah tu. Allah,meruntun jiwa aku. Dia hantar mak dia pergi kerja dengan masih bernyawa,sebulan tunggu mak dia,yang dia dapat pegang just itu je. Aku menangis ok. Aku tak tahu lah kalau ada yang tak menangis tengok gambar tu. Sebab jiwa aku lemah kalau pasal anak. Tak kisah lah anak siapa. Semoga adik ni kuat! *Still menangis tengok gambar ni*


Selamat pulang warga Malaysia.
Sekarang kamu semua boleh berehat.
Semoga ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman bagi yang beragama Islam.

Takziah.
Al-Fatihah.

13 August 2014

Dulu Lain..Sekarang Lain...

Sejak ada anak ni,semua benda jadi bertukar 360 degree. Nampak betapa melampau nya perubahan yang dialami kan. Memang tak dinafikan okay. Segala-segalanya kena dahulukan Sunan kalau mata dia terbukak bak johan. Kalau datang angin dia tak nak tidur,satu kerja pun tak jalan.

Aku kan bekerja. Jadi mak dan isteri yang bekerja ni,kena jadi super duper power lah kan. Time kerja aku dari pukul 8 am - 5 pm. Bila balik kerja tu,baru dapat suam-suamkan mood,dah beliau ajak jenjalan pusing-pusing. Ni aktiviti wajib setiap petang untuk bawak Sunan pusing-pusing naik motor keliling kampung. Baru jiwa dia tenang damai. Kalau tak bawak,mula lah dia buat hal meraung tak tentu pasal,tanpa sebab yang kukuh. Ye lah,nak kata lapar susu,dah bergelen dia teguk. So,nak tak nak,kena lah bawak. Anak aku tu demand melangit. 

Kalau dah pusing-pusing tu,kalau ambil masa seploh minit ke hape,aku tak kisah pun. Ini kang 6.30 pm baru balik. Dah sampai rumah,kena layan kerenah Sunan ni. Susukan sekali lagi and tidurkan. Puuuunnnnn lah dia tak nak. So kena lah tunggu sampai dia betul-betul nak tidur. Sebab selagi dia tak tidur,aku memang tak boleh nak mengemas. Kang ter hek hek,terkejar-kejar lah aku. Aku dah lah tak boleh berlari sangat. Sudahnya,aku bagi dia hadap tv. Hengko layan lah tv tu sambil mak hengko ni siapkan kerja rumah.

Pernah kau tengok orang setel kerja rumah harian pukul 8? Selalunya pagi or tengah hari dah siap kan. Hahaha. Aku terpaksa lah buat runcit-runcit sebab beliau ke masjid. Kalau beliau ada,memang beliau tukang layan Sunan. Dapat lah aku siapkan cepat. Tapi sejak ada anak ni,kemain rajin ke masjid berjemaah. Alhamdulillah,semoga diteruskan. And sepanjang beliau ke masjid,aku kena berganda laju lah. Aku rasa tak payah ke gym pun,aku boleh kurus. Aiceh!

So dah siap kemas,kena lah masak kan. Masak-masak tak ambil masa lama tapi masa nak start tu yang kemain lewat. Sekarang ni,time masak aku memang pukul 9 pm. And Sunan still tak nak tidur. Beliau dah balik,boleh la agah-agahkan. Kang bila dah siap masak,jangan harap dapat nak makan terus. Kena tidurkan dia dulu. Ni WAJIB. Kalau tak kang,dia meragam sebab tak ada orang duduk dengan dia. Pe'el anak aku,kena lah ada orang yang duk hadap muka dia 24/7 . Kalau tak,memang dia sendu. Gitu.

Nak tunggu dia tidur,MasyaAllah,memang lama. Kadang-kadang nak dekat pukul 11 baru dapat makan. Itu pun makan dalam suram-suram cahaya. Kalau terang-benderang kang,Sunan tak nak tidur. See,kemain diva anak aku tu kan. Terpaksa lah layankan aje supaya dia tak rasa mak pak dia ni melayani dia bak Cinderella yang dianaktirikan. Hahahhahaha.

Mandi pun,aku yang paling lewat ok. Dah setel semua kerja rumah,masak,makan bagai,baru dapat restkan badan. Baru lah aku dapat spent time untuk diri sendiri. Tak kisah lah pukul berapa pun. Jam tu,jangan lah ada sesiapa nak kacau. Terbantut keseronokan ai.

Tapi kalau difikirkan,kalau hari-hari makan lewat,bila mama nak kurus Sunan oiiiiii??


5 August 2014

entry raya sangat

SELAMAT HARI RAYA!!!

Baru macam rajin nak update. Kalau kat rumah tu,asyik malas je manjang. Sebab fikir baik main dengan Sunan daripada menaip berjela kennn. Ibu mithali sangat. Padahal memang pemalas. Kat office ni macam banyak sangat masa terbiar. Baik kita manfaatkan dengan membebel. Marilah.

Sebelum aku mengarut ke laut,aku nak  mintak maaf dari segenap alam yang ada. Kot-kot ada yang terguris,terasa,terluka,terkesima *eh* dengan aku selama ni. Ampun!

Raya pertama,macam biasa,kat Kuala Selangor ni dulu. Sebab malam tu dah boleh gerak balik Karak and beraya sakan sampai seminggu kat sana. Heaven! Malam raya tu,aku rasa,rumah aku je yang tak meriah. Hahaha. Sebab aku memang tak buat apa-apa preparation. Rumah memang sentiasa kemas lately sebab aku bagi amaran keras kepada beliau untuk fikir lapanblasjuta kali untuk buat sepah. Masak-memasak memang tak lah kan. Makan kat rumah mak je pagi esoknya. Sebab memang plan sepanjang hari raya pertama tu kat rumah mak. Gila nak duduk rumah sendiri. Buatnya ada bebudak nak datang. Apa aku nak hidang? Air ribena ada lah. Mula lah aku buat dialog paling rasmi Kazans nanti, "Nak makan ke nak duit raya je?" Kau mampu nak cakap cenggitu dengan bebudak?

Pagi raya tu,macam biasa jugak,aku lah yang paling last siap. Gosok baju even bukan aku sebab beliau volunteer nak gosokkan,tetap lah aku yang lambat mandi. Siapkan Sunan dulu,susukan,lepas tu suruh dia up and sit berkali-kali sebab sementara tunggu papa dia bersiap,kena layan dia main dulu. Sunan ni sangat alergik kalau suruh baring sensorang lelama. Mula lah merengek. Tapi kalau ada cerita kartun,dia win. Jangan dipanggil. Menjeling kita pun tak. Baju raya konon tema kelabu tapi aku tak ada kaler kelabu. Tudung kelabu pun jadi lah.



Setel semua,jom lah bergerak ke rumah mak sebelum sampai rombongan kekanak. Takut ok. Sampai rumah mak,tengok ada mak je. Kira kami paling awal lah. Duduk kejap tak sampai 3 minit,gerak bawak Sunan ke kubur. Balik kubur baru makan-makan. Kak Ita dah ada kat rumah mak masa kami balik dari kubur. Sunan dah berlayar tidur macam dia lah yang melemang malam tadi. Letih kemain.

Tradisi family mertua aku ni,dah berkumpul semua,secara berjemaah pergi ke rumah mak-mak sedara beliau. Pun lah kami bersama-samaan. Letih ok. Mujur tukang pegang Sunan ni ramai. Ringan sikit beban. And terpaksa menatap wajah-wajah pelik sedara-mara yang duk tanya nama Sunan. Pelik ke nama tu? Tak paham aku. Hahahaha.

Malam tu kami gerak balik ke Karak. Tapi memang berazam dah dalam hati,tahun ni tak koser nak jalan beraya beriya ke rumah kengkawan. Gile buruk perangai kan. Memang kemalasan tu ketara sangat raya tahun ni. Lagipun sebab macam sukar nak bergerak sangat bila Sunan still kecik ni. Tunggu lah tahun depan. Dia dah besar,sedap sikit berjalan raya. Tak ada lah merengek aje.

Raya ke-2 aku ke kubur abang. Sepatutnya pergi time pagi tapi tak koser lah nak beramai-ramai kat kubur tu. Sebab raya ke-2 memang dikhaskan untuk orang ramai bertahlil sekali ramai-ramai. Lepas tu ada sedekah duit raya untuk pengunjung kubur. Dulu masa kecik-kecik memang feveret pergi. Mana tak nya. Duit dari kubur pun dah menyumbang 10% dari duit raya menggunung kita. Gitu. 

Sabtu lepas,family Mohammedians aku ada buat makan-makan open house lebih kurang. Tapi yang terdekat and orang surau je lah. Masa mula-mula plan tu,pakcu Kia aku kata adik beradik je and buat stail potluck. Sebab adik beradik abah aku memang suka sangat berkumpul ramai-ramai and memekak tak tentu hala bila bercakap. Macam sorang kat puncak gunung sana,sorang kat kaki gunung padahal sebelah-sebelah je. Lepas tu selfie tahap muntah and tercabut tangan. Bab makan jatuh nombor 3,4,5 dah.

So,sebabkan potluck,aku dengan kakak aku pun fikir lah apa nak masak. Makcik kata nak masak mee. Mak anjang,nasi. Makteh and makcu,goreng-gorengan. Pak itam,air. Pakcu Kia,lemang. Pokde Nuar,nasi goreng kampung. Gitu lah kekdahnya. And kami se-family muafakat nak masak nasi goreng cina. Ok lah dari tak buat langsung kan. Sebab kalau nak buat benda lain,macam fikir,pakcik-pakcik aku kompem sangat akan cari nasi jugak. Biar beribu makanan lain pun,nasi tetap WAJIB ada.

Kakak aku request pudding caramel. Sebab masa raya ke-2 tu aku ada buat jugak. Sangat tak mencukupi. Sedap sangat kengkonon. Hahaha. Tapi memang serius talk,pudding aku malam potluck tu dapat pujian melangit. Mokde Ja and mak anjang aku siap mintak ajarkan. Eh,senang kemain lah benda ni. Serius senang *muka berlagak* . Hahahahahaha. Licin pudding aku. Setel.

And hari ni aku dah kat ofis. Huwarghhhh...Mengantuk gila sebab Sunan ajak main malam tadi. 
Bertabah lah mata!

Ini je gambar raya #theamits yang ada. tak dapat bergambar pakai baju raya bagai. hahaha.
SELAMAT HARI RAYA!!!