Awesome Followers

26 November 2013

Kebiasaan Ini Semua

dalam keluarga aku,keluarga PAKCIK KAMA ditekankan di sini ye. ye lah,awak dah ada 3 keluarga kan. kena lah kita ni menekankan mana yang patut. gittew.
keluarga Pakcik kama memang suka kalau nak berak ke,nak kencing ke,nak makan ke,nak tidur ke,nak mandi ke,mesti akan cakap. contoh macam ni...

" Nak kencing lah ."
" Mandi lah. "
" Nak shopping lah. " * okay,hak ni bohong. kalau shopping sendiri-sendiri diam je. haha!*

gitu la kekdah nya kami-kami ni. 
dah biasa sangat macam ni.
tapi bila kami semua ingat balik lepas tu,berdekah-dekah ketawa.
even tak pasti langsung kat celah mana kelakarnye mendalah tu. pfftttt.

so,dijadikan cerita,disebabkan dah terbiasa gini,selalu terlepas cakap dengan anak buah keluarga belah mertua ni. tadi dengan Ayu.
selamber je budak ni jawab,
" Pergi je lah. "
ok fioneeeeeeeeeeeee...
ittew nak anje-anje je kan. *juling*

lepas tu,Ayu cakap...
" Ayu selalu jugak tercakap macam Mak Uda ni kat mama dengan ayah. ayah buat selambe je tapi mama jawab..........................................


" PERGI JE LAH. BUKAN MAMA YANG BASUH BERAK KORANG."

hahahahahahahahahhahahahahaha!

25 November 2013

Macam-Macam Perasaan!

semalam aku dapat satu novel dari Nana. memang aku ada mintak la nak pinjam. sekarang memang aku rajin kemain baca novel. sehari satu novel. sampai Asya pun kagum.
ada riak di situ. mari lah buang jejauh. hahahaha!
serius,novel tu memang sedih melampau.
selama ni aku baca Sunan je boleh buat meleleh air mata.
tak sangka novel cintan-cintan gini pun buat air mata nak cepat mengalir.
tak mengalir lagi ok,sempat cover. ego sangat!

cerita dia tentang suami yang selalu abaikan isteri. dia sayang and cinta sangat isteri dia tu yang dulunya driver dia. jangan heran. memang gitu jalan cerita dia. isteri tu jadi driver si suami ni before jadi isteri.
tapi biasalah orang kaya,busy aje manjang. nak keluar jenjalan dengan bini pun kemain payah.
bila bini nak keluar berjalan sensorang,dia tak bagi. cemburu hoi.
lepas tu disebabkan adik and bekas tunang laki ni masuk dalam hidup dorang and buat fitnah macam-macam,laki ni maki bini dia then cerai.
ok,malas nak cerita pepanjang. sila cari sendiri and baca. tajuk dia CINTA KAU DAN AKU.
gambar depan ada kasut converse hitam and cap kuning. 

lepas tu kat tv semalam cerita hindustan ada cerita BIWI NO.1.
salman khan and karisma kapoor. memang favourite even abah nyampah sangat dengan salman khan yang sasa ketak-ketak tu. motip sangat!
cerita tu plak pasal suami yang curang dengan isteri dia lepas tu tak nak balik rumah.
anak-anak pun dia macam taknak jumpa.

hei la,semua cerita pasal isteri kena tinggal.
sensitip ittew ni au. ittew pun cenggitu jugak.
okay lah sebab beliau kena kerja. dah seminggu lebih tak balik. kena stay kat Langat.
takpe,hati kan dah kental. takmo nangis2 bagai kennnn.
even dalam hati rindu tak menahan rasa nak jerit satu donia je.

petang tu dalam pukul 5 lebih,tengah aku syok-syok golek baca novel yang lagi sikit nak habis tu,ada satu tangan nak bukak tingkap rumah. aku cecepat bangun even dah tahu sangat gerangan tangan siapa kah ittew.
bukak je pintu,ini muka ala manyak sinyum. tak de dah simpan-simpan.
melompat tergedik depan beliau. aww,surprise okay.
ittew dah la ghindu 18jutamillionlemon tau!
terus je beliau ajak jenjalan pepusing macam dolu-dolu tu. eceh,macam berkurun sangat tak jenjalan gitu.

tapi tapi tapi.....
pukul 10 malam camtu beliau dah kena balik ke Langat semula. nak nangis tapi tak boleh tunjuk depan beliau.
nanti beliau susah hati. terus taknak pi kerja jejauh lagi. takmo takmo.
kate tahun depan nak beli rumah sendiri. kena gigih la kerja. kennnn...
so,aku hantar lah pemergian beliau dengan senyuman paling lebar yang pesetik kat beliau. siap flying kiss berganda lagi. pergi la sayang...

malam tadi mimpi yang masyaAllah sedih sampai bnagun pun teresak-esak nangis. mencik gini.
lately memang rajin mimpi yang sendu sedan ni. pembawakan over.
aku mimpi beliau nikah satu lagi. akad nikah plak kat rumah aku.
pakai baju akad nikah kami dulu. perempuan tu pun pakai baju aku. hey la!
lepas tu beliau buat muka tak kisah ke aku. tak ke @#*&^%$^&^ tu.
hai la badan............



21 November 2013

Mimpi Yang Hilangkan Selera Makan Nasi!

abah selalu pesan,kalau mimpi buruk diamkan aje. tapi kalau dah namanye perempuan,cepat je nak share dengan semua orang. baik hati sangat ni. pfftttt..
seriously,memang mimpi aku tu menakutkan. lagi seram daripada cerita hantu ke hape. 
lagi seram daripada cerita Highland Towers tu.
tapi tak tertanding seramnye kes budak kena sorok kat Villa Nabila tu. hahahaha!
okay over tapi MEMANG SANGAT SERAM BAGI AKU.

mimpi dia macam ni........

kat area kampung kuantan ni ada satu acara marathon. hak ni pengaruh cerita Coklat Marathon yang duk main 2,3 kali kat tv tu.
aku and ipar-duai aku pun join lah sekali.
yang kelakar nya,DS Najib Razak pun ada. pakai baju warna merah. 
serius tak menahan.

so,setiap kali ada sukan or whatsoever kan,mesti ada makan-makan.
ada lah gerai-gerai sepanjang jalan tu.
ada kehepsi,kedai buah,pizza,bla bla bla..
semua FREEEEEEEE!
tak memasal KFC and Pizza pun free.
dah nama pun mimpi. dia main masuk ikut sedap je kan.

so,aku pilih kedai buah. entah kenapa tak terliur pun nak jamah coleslaw or kentang lenyek tu.
padahal awak memang hantu benda tu.
akak buah tu bagi aku buah nenas.
dah letih sangat,aku telan je lah.
separuh jalan aku makan tu,aku macam tersedar. cepat-cepat aku muntah kan balik.
tapi kan dah macam terlambat. dah ada yang masuk perut.
serius macam terasa-terasa dia hiris yang dalam perut ni.
aku pun berlari ke tandas.

tengok-tengok je dah berdarah. dah gugur.
meraung tak hengat rasanye time tu.
aku minta tolong orang tapi tak siapa nak peduli sangat.
dorang macam... "oh,gugur? hummmmm"

aku terus terbangun daripada tidur. terkesan. terasa.
memang hilang selera aku nak jamah makanan berat hari ni.
Ya Allah,takutnya. 




14 November 2013

Tisu Sangat!

lately aku mudah sentap. sangat mudah okay.
biasa sangat hati ni. lembik kemain. sebelum ni gagah perkasa je kan. oh!
maybe pembawakan anak kut. ada kemungkinan ke??

contoh sentap aku :

beliau balik lambat sikit,sentap.
beliau lambat jawab call or berkali-kali call x angkat or fon off,sentap.
perut lapar tak tahu nak makan ape,sentap. *ini realiti even over*
tak dapat beli karipap sardine cik kam yg sedap tu pun sentap.
lepas tu mula air mata ni nak mengalir lelaju. 

hei,kau dah kenape farah??
ngadesssssss!!!!!

so,beliau macam dah agak faham ketisuan hati aku ni lately.
mohon lah faham kalau tak nak aku meraung sambil hentak-hentak tangan.
hentak tangan je pun yang mampu. nak hentak lain takut sakit. gittew.

jadinya,aku ambil pendekatan yang mudah untuk hilangkan aura-aura sentap tisu bagai aku ni adalaha dengan.............

-
-
-
-
-
-
-
-
 TIDUR!

ada yang nak sentap dengan peel aku tak??