Awesome Followers

25 August 2013

Kena Tinggal Yang Memeluatkan. Apekah??

Assalamualaikum...

Maghrib yang Ahad. Alone. Sunyi kemain.
Serius 'mati'.

Suami outstation lagi since dua hari lepas. Ke Karak je pun tapi still dalam kategori outstation sbb jauh dati HQ Mourex. Dan-dan weekend nak kena pasang enjin bagai. Macam tak boleh tunggu weekdays kan. Enjin jalan pun bukan loji air langat fasa 2 tu siap onthespot. Oh kongajo sangat statement.

Since kahwin,memang giiiiileeeeeeeee banyak hari kena tinggal. Oh okay,awak jiwa kental. Apedehal kan. Gitu la kekdahnya aku melayan hati yang hakikatnya menjerit minta dibawak sekali ke hulu ke hilir. Pffftttt.

Tapi kali ni punya kena tinggal,terasa macam meluat kemain. Entah. Rasa macam menyampah sangat dengan jumbo besar gabak kat tunnel tu. Menyampah dengan Atlas Copco yang suruh beliau pergi. Gile mencik!

So,whole day ni,memadangkan hari Ahad yang cuti ni,aku perap diri dalam bilik. Keluar time nak makan and mandi and basuh jemur baju kemas rumah sikit-sikit je. Kau boleh nampak tak ketaksenonohan aku kat sini. Mujur mak mertua aku tak cakap banyak.

Cepat lah esok. Cepat lah Isnin. Cepatlah beliau balik.

15 August 2013

Kau Siapa? Dia Siapa? Kita Siapa?

Lately banyak sangat perang di media sosial.
Kau sokong tu. Aku sokong ni.
Kau bash aku. Aku bash kau.
Apa sudahnya?
Bertaki. Bergaduh. Memaki. Mengkafirkan.

Terbaru isu pergolakan di Mesir. Rakyat Mesir dibunuh secara terbuka dan berleluasa.
Baby.
Kanak-kanak.
Wanita.
Orang tua.
Orang Islam.
BERLELUASA!

MasyaAllah. Hebat ujian & dugaan mereka.

Jadi,dalam situasi sekarang ni,ramai lah yang berminat nak post kat facebook or twitter or whatsoever lagi media sosial yang ada. Melaporkan setiap kejadian. Aku tak terkecuali. Sama-sama nak share.

Bila ada yang post,ada yang comment. Oh tak apa nak comment. Memang ruangan comment tu untuk tujuan tu. Bukan tujuan memancing ye kan. Sekurang-kurangnya ramai yang turut mendoakan dan meng-amin-kan kesejahteraan rakyat sana. Sila. Sila.

Yang tak sedapp bila ada yang mempolitikkan situasi sana dengan politik di Malaysia. Aku macam...

"Hey,kau dah ngape hah?"

Bagi aku,Mesir,Mesir lah. Malaysia,Malaysia lah. Buat apa kau nak campurkan. Jarak pun jauh. Berjuta batu. Jauh okay. Saaaaaaangaaaaaattttttt jauh! Situasi kat sana memang tak ada kena mengena dengan politik Malaysia. Jadi,sila jangan usik. Letak tepi.

Kau siapa nak kata PM kita tak ambil tahu hal sana?
Kau siapa nak kata siapa yang ikut PM tu sama dengan je naik jadi zionis?
Kau siapa nak menidakkan akidah orang lain?
Kau siapa nak mengkafirkan orang lain?
DAH MAKSUM SANGAT??

Kau tahu ke PM tak ambil tahu hal orang Islam sejagat? Kau berkepit dengan beliau ke 24/7? Kalau ye,baru aku tabik kau. Mana kau tahu kalau-kalau beliau sendiri turun dahi cecah sejadah mohon keamanan bagi Mesir. Tak siapa antara kita yang tahu.

Makanya,kalau nak comment or post or segala bagai pasal isu keamanan sejagat Islam,jauhkan dari politik. Tak manis adik abang akak pakcik makcik. Tak seronok lah. Islam jangan dipolitikkan.

Dan jangan mengkafirkan atau mengyahudikan orang lain. Kamu pun tak jauh dah tu dari sifat yang dikhabarkan. INGAT,KITA BUKAN TUHAN.

** jom bersama-sama doakan keamanan bagi Mesir dan keselamatan rakyat mereka. Bagi yang terkorban,innalillah hiwainnalillah hirojiun. Amin."

9 August 2013

Kita Merancang,Allah Menentukan

Assalamualaikum..

Selamat hari raya!!!
Maaf kalau seandainya selama ni ada yang mengguris hati and perasaan korang *tipikal ucapan raya. Ahaks!*

Kemain tajuk. Tak boleh nak epik sangat dah kan. Nampak berilmiah sangat sekali sekala tak apa. Indah je mata nak menjelajah keseluruhan.
Nampak tak permainan dia??

Tahun ni,tahun pertama aku and beliau sambut Aidilfitri sebgai suami isteri. Terasa sangat dewasa ok. Gosokkan baju suami. Siapkan songkok suami. Betulkan butang baju melayu suami. Kasi stail rambut suami (yang ni rutin harian. Memang aku penggaya rambut beliau). Gittew.

Sebelum ni kan mana pernah. Awak buat segala untuk diri sendiri. Tak ada nye pepagi raya kau nak kecoh gosokkan baju orang lain. Nak pakai,gosok sendiri. Kejam tak? Kejam kannnnnnn. Itu penting. Kita bersiap lama!

Tahun ni as a plan,raya pertama kat rumah mak kuala selangor. Malam tu baru gerak balik karak. Raya kedua nak celeb bday zara mcm yang aku cerita entry lepas. Ok set. Plan memang dah cantik kemain. Tersusun rapi.

Kiranya pagi raya pertama tu kitaorang laki bini merayap lah dulu beraya rumah mak-mak sedara yang ada. Beliau ada 3 orang makcik (adik beradik mak) yang tinggal dekat dengan rumah mak. So sekali trip dah boleh setel lah gayanya. Zap zap zap,siap. Gitu la kekdahnya.

Last-last segala plan ke laut. Tersangat lah ke laut dalam nun di sana. Hapah pun tarak. Pajero rosak plus beliau kena standby untuk outstation ke gua musang. Makanya abah ibu yang kena ambil aku bawak balik karak. Pagi raya pertama (semalam) tu jugak. Beliau tak ikut.

Aku macam.......

"HEY,NI RAYA TAU TAK. RAYA! MANA ACI SORANG SINI SORANG SANA. TAK ACI!"

Nak tak nak,kena la hadap jugak. Takkan aku nak menangis hentak-hentak tanah kan. Beliau pun suruh aku balik beraya kat karak. Kendian beliau menyusul. Bila kendian beliau tu,tidak lah dipastikan bila.

Boleh kau bayangkan hati aku time tu macam mana? Aku tarik beliau masuk bilik lepas tu mengongoi la aku macam zara hilang puting dia. Buruk gila aku rasa. Tapi takpa,beliau tetap sayang *kedip mata*. Then,aku tinggalkan chanchan untuk teman beliau. Semoga dia boleh diharap.

Apa-apa pun,Allah ada jagakan beliau. Jagakan aku. Jagakan kami. Amin.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN