Awesome Followers

26 August 2012

~~ Ahad Yang Tak Banyak Cakap ~~

Assalamualaikum....

Dah lama tak hupdate belog ni. Dibiarkan terbengkalai. Penyakit malas menular ke segenap saraf. Dush!

So,tak mau cakap banyak. Memandangkan mood raya masih berlegar-legar,kuih muih pun masih berbalang-balang,nak ucapkan ------»

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

10 August 2012

~~ Masa Untuk Melangkah Pergi ~~

* entry ini sangat serius. Bosan sila abaikan *

Assalamualaikum...

Perasan tak ada dua tiga entry yang sangat macam berduka kekdahnya? Perasan tak? Perasan tak? Kerana mereka yang bergelar sahabats,hati jadi sangat cepat tersentuh. Mentacing tak bertempat. Sungguh!

Dua tiga empat lima enam puluh juta kali aku fikir. Buat apa nak terus berharap untuk diingati? Untuk dihargai. Kalau asyik kita yang ingat mereka. Tapi mereka? Seronok terus main tikam belakang. Mengutuk menghina mengejek melupakan. Padahal sebelum ni?

So,macam baru tersedar. Macam ada sesuatu yang ketuk kepala. Bangun Farah! Aku tak ubah macam si-pencukup-korum. Faham tak? Ah,buat-buat faham sudah. Terasa malas nak terang berlebar-lebar. Okay,tak ada ayat tu tapi,dulik la. Asal rasa sedap diguna. Jyeahh..

After segala tenaga otak dikerah,aku buat keputusan. This is it. Its over between us. Let me walk away. No more sahabats. No more bajet kita-ni-like-a-family. No! No! No! Enough la kut. Too many lakonan dalam 'persahabatan' ni. Dah,aku tak nak. Biar lah. Ini penyudahnya.

Aku tak buang mereka. Tidak sama sekali. Biar lah mereka terus membuang menghina mengejek mencaci menikam pun,aku tetap tak benci. Kawans tetap kawans. Tapi berbatas. After this,no more gossipings,no more laughings. No more! No more! Teruskan lah gossipings & laughings without me. I'm okay with it.

*wipe all tears and smile as big as I can*

Let me walk away. Thanks for all memories. Adios!

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

8 August 2012

~~ Merdeka!!! :: Merdekakah Kita? ~~

Assalamualaikum...

Dah bulan Ogos kan. Dah masuk bulan kemerdekaan dah pun. Merata boleh nampak bendera Malaysia. Dekat kereta,halaman rumah,atas pokok,tiang lampu,tepi jalan,pondok bas. Semua nampak biru,merah,kuning,putih. Meriah!

Kalau time sekolah dulu,macam-macam pertandingan cikgu-cikgu buat. Kelas patriotik la,lagu patriotik la,sukan tradisional la,teater kemerdekaan la. Aku pun selalu join jugak. Lagu patriotik versi solo,pernah dpt no.1. Wah gittew. *kembang kempis hidung*

Dalam kecoh-kecoh nak sambut merdeka,tahu ke makna sebenar merdeka? Okay,aku pun baru nak mendalami. So,jom sama-sama mendalami nye okay.

Merdeka -----» Bebas!

Dulu kita banyak dijajah. British,Jepun bla,bla,bla. So,bagai-bagai cara yang dilakukan banyak pihak untuk bebaskan Tanah Melayu ni. Berperang? Toksah cakap la. Lalui zaman darurat yang sangat boleh gila kalau aku ada sekali. Tak sanggup kot!

Selepas rundingan,baru boleh dapat memerintah sendiri. TAPI! Ada tapi pula kan. Perlembagaan kita banyak dipengaruhi British. Mana yang aku pernah dapat info (maaf kalau tersilap),selagi tak cukup usia merdeka 100 tahun,kita tak boleh tukar perlembagaan. Kena ikut! So,have to la kan.

Jom ketepikan soal perlembagaan ni ketika merdeka. Kita renung hari ini. Merdeka ke kita? Dulu masa sekolah cikgu rajin bagi esei tajuk ni. Sampai tepu kepala otak nak perah. Kadang-kadang rasa macam,Eh-Dah-Merdeka-Tu-Merdeka-Je-La. Waaa,mana boleh kata cikgu. Hayati dah fahami! Baikkkk...

Tengok contoh anak muda kita. Minda masih dijajah. Tingkah laku masih dijajah. Bahasa masih dijajah. Cuba tengok dari segi pemakaian. Ada je anak-anak muda yang bangga pakai tshirt yang berlambangkan bendera Amerika or Britain. Ce bagi tshirt bendera Malaysia. Mana mau nya nak pakai. Letak dalam lemari kemas-kemas la jawabnye.

Tu baru anak remaja. Yang lain-lain,sila kaji sendiri. Ye,aku tergolong sama. Sebab tu berniat nak tulis entry ni. Aku sedar,tak sepenuhnya merdeka. Banyak sangat dipengaruhi. Tu lah,terasa jiwa Inggeris sangat! Ahaks..

Dah,dah,jom sesama fikir dan renungkan balik. Dah merdeka kah kita? Apa-apa pun,selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55. MERDEKA (7x)!!!!

P/s ---» Orang ramai cakap logo merdeka tahun ni tak cantik. Bagi aku,sangat-sangat klasik. Aku suka!

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 August 2012

~~ 10 Tahun Kami Mencipta Ikatan ~~

Assalamualaikum....

Dah 10 tahun!
Dah besar SHIFFIIAS. Eh,dah matang ekceli. Kalau manusia,dah baligh kut. Wah,syahdu rasa. Sob sob.. *lap air mata pakai kain selimut*

----- rewind memory -----
10 tahun lalu... *ecewah ayat,kemain*

Masa tu baru masuk sekolah menengah. Suasana baru,sekolah baru,baju baru,kelas baru,orang baru,dapat kawan-kawan baru. Semua lah baru. Yang lama,tahi lalat kat dahi aku ni je. Ahaks!

So,after 3 months,aku and kawan-kawan terpilih tubuhkan SHIFFIIAS. Stand for »»

S » Shakirah
H » Hazi
I » Iza
F » Fara
F » Fiza
I » Ida
I » Ira
A » Ani
S » Siti

Singkatan nama kami ekceli. Bukan nama penuh. Digabungkan,jadi lah ni. Wah,kreatif gittew. *dabik dada kejap walaupun tahu x senonoh*

We always together! SELALU. Time rehat,time bersukan,time kelas agama (okay,Siti tak termasuk sebab dia bukan Islam). Kami sedar,kami tahu,ada students yang tak berapa senang dengan kami. Eh,dulik la. Jeles lettew tak ada geng seindah kami. Bhahahaha.. *gelak macam Bush bila dapat hancurkan Iraq*

3 tahun kami sama-sama kehulu kehilir. Geng support aku melawan Ustazah sebab tak nak masuk tilawah al-Quran sebab nak join match hoki peringkat daerah. Ni lah geng dia. Masing-masing pakat seludup aku naik bas. Terima kasih!

Masuk tingkatan 4,kami berpecah. Aku,Iza,Ida,Ani,Hazi,masing-masing pilih sekolah Teknik. Aku and Hazi still in one school. Mana yang tak pergi,teruskan legasi SHIFFIIAS kat Sekolah Menengah Kebangsaan Karak.

Dah 10 tahun,kami masih berkawan. Aku akui,tak serapat dulu tapi KAMI MASIH BERKAWAN! Ida,Iza and Ani dah berkahwin. Dah ada anak pun masing-masing. Aku coming soon. Yang lain ada yang dah kerja and ada yang masih tekun cari ilmu. Teruskan!

Bila dikenang dihitung ditolak ditambah didarab dibahagi,Sekolah Menengah Kebangsaan Karak dan tahun 2002 mengajar aku erti persahabatan. Persahabatan yang ikhlas bersama untuk berjuang ke arah kejayaan. Cewahhh,semangat waja sangat!

Selagi kami hidup,selagi kami bernyawa,selagi tak ada antara kami yang hilang ingatan,SHIFFIIAS sentiasa ada. Kepada mereka,aku tetap sayang korang. Dah 10 tahun,ikatan ni tetap ada. Terima kasih sebab bina persahabatan bermakna ni. Terima kasih!

So ceritanya kat sini ----» SHIFFIIAS DAH 10 TAHUN!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone