SELAMAT TAHUN BARU!
Tahun ni aku dah pandai sikit nak berazam. Even azam aku tu tak lah besar gedabak macam nak bina mahligai cinta kristal or kereta Hummer lapanblas bijk *over*. Tapi tetap lah aku mempunyai matlamat tahun ni. Sila lah bertepuk tangan dengan dengan dahku.
Tahun 2014 --
Tak banyak sangat memori kebaboom ke hapa.
Paling kebaboom is kelahiran Sunan Andika je. And now tengah melayan segala macam kerenah dia yang sesaat ke sana sesaat ke sini. Macam lipas kudung pergerakan. Mak kau ni tak kurus-kurus jugak. Menggemuk lagi ada lah *nanges*.
Yang lain --
Biasa-biasa je. As long as dengan family,itu kira memori manis vah vah vah. Aku kan family women.
Tapi seriously... Tahun 2014 is tahun makan.
Lepas bersalin,macam bersaka pulak diri dahku ini. Tekak nak makan itu ini.
Tapi kejadiannya bila lapar lah. Time nak makan itu ini tu,aku cepat-cepat makan apa yang ada sampai kenyang.
Terus lenyap bayangan pizza mekdi sushi bagai. Haha.
Ibu paling best. Nak makan ikan bakar,terus dia angkut satu family ke Tanjung Lumpur,Kuantan.
Padahal kat Bentong ada je ikan bakar Saburi tu.
Yang penting,aku nak plan bebaik punya birthday party serangkai tu ; Sunan,Mika and Mieya.
Okay,nak terus mem-plan ni.
Bye!
No comments:
Post a Comment