Awesome Followers

27 January 2013

Apabila Makin Hampir,Pelbagai Yang Datang. STRESS!

Tajuk kalau tak menggetek lebih tak boleh kan. Sila tampar *tadah pipi*
Sedia maklum,tak lama lagi diri ku ini akan bertukar status.
Akan mengakhiri zaman bujang yang bagai happily ever after ni.
Makanya.....................
Tekanan,dugaan,ujian dll tu pun semakin hebat melanda diri.
Tension makde ni.

Kenapa nak tensi-tensi?
Bukan niat nak menyalahkan tetapi hakikat!
MB tak sesudah nak bikin panas. Beliau ingat ni Melodi ke??
Nak tidur awal tak boleh selagi tak call.
Nak keluar kena bagi laporan penuh dulu.
Kalau keluar tak boleh pandang lelaki lain.
Hey,kalau dah Shah Iskandar lalu sebelah,takkan nak buat dek je.
Baik butakan saja mata ini..
Dulu tak ada la beliau berperilaku begini begini.
Dulu harmoni je. Harmoni tangat!
Sekarang ni??
Mengada tau!

Tau la beliau cemburu.
Cemburu tu tandanya apa tentawan? *jawab sendiri.*
Tapi letih la kalau dok bertaki je manjang.
Deadline nak dekat dah ni.
Kang jangan sampai hati ini beralih arah ke arah Shah Iskandar kang. Gittew.
Ce jadi bagai aku ni. Cool jeeee... *cool sangat!*
Sudah la,rasa tension nak update belog. 
Bergetek la kau Fara!
xoxo!


          

Kebosanan yang tahap azab plus mengantuk tahap minta kena tampar

Sedia maklum,aku join kursus kahwin. 26-27 januari. Bangun pepagi seawal 6.30. Keluar rumah pukul 7. Betapa rushing berkejar nak bersiap. Sampai tempat kursus kat masjid jamek bentong ni hampir pukul lapan. Muka tak payah cakap lah. Jembek tahap apa dah. Mengantuk tahap yahudi rasa. Umur meningkat ni memang tak la nak dengar ceramah berjela. Besar kecik besar kecik je aku tengok muka ustaz ustazah bagai tu. Mengantuk!

17 January 2013

Me and peblum. A trial okay.

Test! Test! Test!
Peblum rimau first dalam collection. Terasa bangga sekejap mampu beli baju begini begini ni. Hahaha. Okay over.

Xoxo.

16 January 2013

Masa bergirrrrrrrrlyyyyyy

Sekarang,azam baru nak try segala bagai outfit yang more more more keperempuanan. Dulu tak perempuan ke,hah perempuan?? Begini... Dulu rajin nau pakai tshirt and jeans plus selendang je. Tak ade de nak pakai sangat baju-baju cenggini. Ada je dalam lemari tetapi sangat malas nak meng-interpretasi-kan ke badan yang cikebum ni. So now,this is i am. Walah!

15 January 2013

~~ About Two Months To Go ~~

Ye.. Ye.. Lagi dua bulan lagi ni. TETAPI.. Aku masih steady tak buat sebarang persiapan. terasa bagai hebat tangat-tangat. Kursus kahwin pun baru nak pergi hujung bulan ni. Ujian HIV lagi. Daftar nikah lagi.

Yang paling bersemangat waja untuk semua ppersiapan ni,mak anjang aku. Jangan kau,dia dah prepare semua. Apa??

- Cupcake
- Dulang makanan
- Senarai makanan
- Hantaran sikit-sikit

Ha,hebat tak wanita ittew? Aku?

Satu apa pun belum. LAGI HEYYYBBBAAATTTTT!

~~ Beliau Dah Bertukar ~~

Assalamualaikum..

Tada..................!!!!!!!!!!!!!!

Shantek kan beliau. Sayang lebih.

Seharian aku menyembur beliau dengan spray. Bukan setin,tapi dua tin. Dah macam foreman yang berjaya rasa. Hahahaha.

xoxo.

12 January 2013

Megaherbs yang dusta,Dr.Zubir si pendusta,AP Ayam Penyet & Landasan tren belah ke Sentul Timur yang mengundang memori.

Asssalamualaikum..
Agak lama tak menghupdate. By the way,hre I am!

On 9 Januari lepas,aku,makcik and anak teruna dia pergi ke one of company yang ada kat KL tu. Megaherbs nama dia. Nama MEGA tu nampak gah sangat kan. Ekceli,bulan 11 lepas kami dah menapak ke sana. Nak tuntut duit la kekdahnya. Kenapa? Kerana.... Makcu aku ni melabur dalam program stevia anjuran company tu.
Katanya after 6th months boleh dapat la balik pulangan tu. Tetapi.... Hampa aje la.
Then mereka staff terhormat kunuk tu bagi la voucher brnilai RM900. Suruh tuntut  bulan satu ni la.

Kepala company ni nama dia Dr.Zubir. Tapi hakikatnya dia bukan lah seorang doktor betul. See,kesian kan. Bagi je la title tu. On that time,si zubir ni dah ghaib. Yela,awak dah dapat duit beriban or maybe berjuta,blah la kan. Gittew.
Bila kami pergi 9hb tu,company tu dah berantai bagai. Kena sitakah? Idak la kami tau.

Perasan agak bagai. So,kami ke AP Ayam Penyet yg ada kat bawah KL Festival City Mall. Aku ni dah la tengah mengidam makanan tu. Terlangsai la jugak dalam kegeraman terhadap company dusta semata tu.

Dalam kekurangan sen tu jugak lah kami ni bershopping ke Masjid Jamek. Stesen LRT yang sangat aku cuba hindarkan. Time menapak ke eskalator nak tunggu tren ke sentul timur,terasa sangat mengundang memori. Sumpah mencik. Dolu-dolu,boleh lambai-lambai ke seberang stesen sambil tahan air mata kajol. Haha.

Makanya,di sini aku tekankan supaya jangan percaya dengan dr.zubir and megaherbs ni.

Sekian. Xoxo.