Awesome Followers

16 February 2013

Sesungguhnya Aku Malu Gelak Berdekah-Dekah

Hahahahahahahahahahhahahhhhaha. 

Hari ni hari malu sedoniaaaa!

Begini ceritanya........

Pagi tadi bershopping kat The Store. Aku sempat membeli handbag baru kaler peach okay. Semua hasil duit KWSP kakak ku si Reena Kamarudin. Toce! Toce!

Kakak ku ni beli barang perempuan satu. Then staff kat situ letakkan barang tu kat kaunter. Aku pun menapak la nak membayar.

Kakngah : Nah duit bayarkan sekali.
Aku           : ( ambil duit and capai barang yang ada atas kaunter tu termasuk 3 helai spender )

Tetiba......

Mat Bangla : eh,itu spender saya punya. Kalau kakak bayarkan,untung la saya.
Aku                 : .................*speechless* (start gelak tahap orang menang loteri)

Adik kat kaunter and dua tiga orang lagi yang ada kat situ pun join gelak berjemaah. Nak cover malu punya pasal,aku menawarkan diri untuk gelak lagi kuat. 

Sumpah aku tak tahu itu spender mat bangla tu. Dah kalau spender kaler-kaler,ada kaler pink purple bagai,mana mampu aku nak cam itu spender jantan.

Hahahahahahaha....

Mengantuk Tetapi........

Sekarang jam menunjukkan angka 4:15 am. AM okay,bukan PM. Kalau dulu masa sekolah aku selalu konpius mendalah ni. Entah tang mana yang susah nak tahu pun aku tak reti la.

Semua warga Kazans dah tidur dengan jayanya di dalam bilik memasing. Tapi aku......

Masih bersengkang mata menggodek twitter,mudah,blog dll. Sedangkan pagi nanti banyak tugas yang menanti. Apekah??

Adakah kerana bahana nescafe ais tarik yang aku hirup tadi berserta dengan sebungkus nasi goreng ayam? Atau kah kerana perut yang masih meragam mohon diisi lagi? Ohno,kalau diikutkan nafsu buaya ni,menggemuk la aku.

*Mata,please lah beri kerjasama*