Awesome Followers

24 May 2024

Tolong Lah Kuat

 Wahai hati.

Wahai jiwa.

Walau sejahanam mana pun keadaan, tolong bertahan sedikit lagi.

Tolong kukuh menahan rasa.


Penat.


Semoga penat dunia terbalas di akhirat sana.


1542

24.05.2024

25 September 2023

Salam Maulidur Rasul : Mimpi Terindah dan Sedih Dalam Masa Yang Sama

 Lamanya tak menulis. Lama tak bercerita di sini. Mungkin berasa blog dah tak relevan.

MUNGKIN.


Ada 1 kisah yang nak aku kisahkan.

Perihal mimpi.

Sempena Maulid Nabi yang akan tiba.


DISCLAIMER: BUKAN AKU YANG KAWAL MIMPI SENDIRI


Aku mimpi, ada di tengah tengah peperangan antara Muslimin dan kafir. Umpama disajikan layar putih dan menonton filem perang.

Depan mata aku, terlihat sosok paling digeruni tentera kafir iaitu Saidina Umar al-Khattab r.a. Disamping Umar, ada Saidina Hamzah r.a. Sama garang dan berani.

Fast forward, Saidina Hamzah gugur di libas musuh. Nazak. Tenat. Dan Saidina Hamzah berada di pangkuan Rasulullah s.a.w. Demi Allah, Lillahitaala, entah apa yang telah aku lakukan, sehingga sosok manusia paling mulia muncul. Namun, raut wajah baginda sugul. Sedih. Baginda menangisi saat saat kepergian Saidina Hamzah ke dunia abadi. Bertemu sang Pencipta sekalian alam. Dan Saidina Hamzah sempat menyebut, "Selamat bertemu semula wahai Kekasih Allah."

Saat aku menulis ini, masih terbayang raut wajah yang dirindui sepelosok alam. Baginda menangis. Memandang tepat ke mata aku. Dalam. 

Allah.. Demi Allah, pandangan yang membuahkan rindu dan tangis setiap kali terkenang. Sehingga ke hari ini.

*

*

Aku minta maaf andai penceritaan aku membuatkan korang rasa aku manusia aneh. Atau manusia gila.

Entah.

Sebab aku kerap bermimpikan perkara perkara yang tak tercapai dek akal aku sendiri.

*

*

Salam Maulidur Rasul.


21 February 2023

Menyusu baby??

 Siapa pernah mimpi menyusukan baby?

AKU PERNAH!

Aku pernah dapat mimpi menyusukan baby mula mula dulu masa aku tengah mengandungkan Don. Sangat kerap. Lama kelamaan, dah kurang mimpi menyusukan tapi mimpi kendong and main dengan baby tu selalu. Sampai lah sekarang.

Tiba tiba malam tadi, aku mimpi sekali lagi pasal menyusukan baby ni. Sampai kenyang baby tu. Tapi muka baby tu, nauzubillah, TAK COMEL LANGSUNG! Dengan kurus kering, kecil rapuh. Sumpah seram muka dia. Tapi aku macam sayang gila. Tak lepas aku tatang.

Aku tahu maksud mimpi menyusukan baby ni apa tapi aku malas sangat nak ambil pusing.

Lantakkan.

12 February 2023

Syahdu

Korang pernah tak alami perasaan sayu tak ketahuan tanpa sebab? Nak pula bila petang petang, sendu, sunyi. Hati tu rasa disayat-sayat ja. Nak menangis tapi berat dada. 

Ah.

3 January 2023

Hectic Days!

Aku tak cukup rest since Ahad. Aku balik Karak Ahad pagi tu. Sampai je sana, Sunan and Don tiba tiba demam panas. Tak ada ribut tak ada apa. TIBA-TIBA! Jadi malam tu memang aku banyak berjaga sebab dorang asyik merengek nak minta urut kepala lah, pinggang lah, kaki lah. Aku tak cukup tidur.

Hari ni balik semula ke Selangor. Lepas hantar Mahira ke rumah pengasuh, aku terus buat kerja. Travel 4 tempat macam biasa. Bukan dekat dekat.

Settled kerja and baru dapat nak menyuap makan, adik bongsu aku call and informed condition ibu. Tangan and kaki dia membengkak tiba tiba. Dah semua nak tiba tiba minggu ni. Tengah buat pertimbangan samada perlu balik ke tak sebab jauh. Aku baru sampai. Penat tak hilang. Anak anak tak sihat. Faktor kewangan. Tapi tengok dulu macam mana. Kalau perlu balik, aku balik. Risau.

Doakan ibu aku gais.

And SELAMAT TAHUN BARU 2023!

29 December 2022

Kerja Tak Bergaji

Aku rasa lah kan, aku selalu malang bab kerja. Dari aku kerja as sales person kat KL tu, sampai lah aku kerja as PIC untuk dobi biru ni.

Masuk 10hb January 2023 nanti, genap 3 bulan aku kerja tanpa gaji (kalau bulan 1 ni pun depa tak bayar gaji aku). Aku kerja macam lembu. Rush sana sini buat maintenance and collection. End up, disebabkan masalah sistem depa, GAJI AKU KENA HOLD!

Aku tanya sana sini. Depa tendang aku ke sana ke sini juga. Kau tanya sana. Kau tanya sinun. Sudahnya aku malas nak cara. 

Now aku actively cari kerja lain. Yang stabil. Yang ni aku buat part time je lah time aku free. 

Lantakkan sana.


24 December 2022

Pernah?

Pernah tak korang rasa nak marah tapi korang tak tahu nak luah macam mana?

Korang rasa nak menangis tapi air mata tak boleh nak keluar sebab korang terlampau marah?

Korang rasa fed up nak teruskan hidup tapi korang tak tahu macam mana nak handle supaya korang bertahan demi anak anak or orang yang korang sayang?

Sumpah penat tapi orang tak tahu tahap penat kau so orang boleh condemn kau sesuka hati.

Kau sehabis baik jaga hati orang tapi orang lenyekkan hati kau macam kentang putar KFC tu tanpa rasa bersalah.

.

.

.

.

.

Penatnya jadi manusia.

21 December 2022

Maggi punya hal

 Disebabkan Mahira buat huru hara baru baru ni, Ahad 18/12/2022 terpaksa aku balik semula ke Karak untuk angkut abang abangnya balik semula ke Selangor.

Malam Isnin tu, aku cakap kat adik lelaki aku macam ni;

"Teringin lah pula nak makan maggi kari tapi dah malam. Tak ada kedai buka."

Then dia replied;

"Kalau abah dengar, esok pagi mesti dia pergi beli maggi. Kau jangan tak makan pula."

.

.

.

Ya gais.

Pagi esoknya tu yakni semalam, abah pi beli maggi and adik aku lah terpaksa masakkan.


And petang ni aku beli lagi maggi tapi cup punya and makan sambil menangis.

Dengan hujannya, suasana sendunya.


I can't.

17 December 2022

Huru Hara!

 Aku hantar dua anak bujang balik ke Karak sempena cuti sekolah ni. So tinggal lah Mahira je dengan kami. Masalahnya sekarang, dalam seminggu sebelum hantar Sunan and Don, Mahira dah buat perangai. Merengek, menangis tanpa sebab, clingy. Eh tak faham. Selalu abang Sunan yang tahu nak handle perangai adiknya yang sorang ni. Ni bila abang tak ada, aku jadi mati kutu pula.

Mahira ni boleh dikatakan anak yang berdikari juga. Dia boleh je buat kerja sendiri. Cuma kadang mood swing dia tak boleh bawa bincang. Sekarang ni menjadi jadi pula mood swing nya tu. 

Lepas mandi tak nak pakai pampers.

Tak nak pakai baju.

Tak nak pakai seluar.

Eh tak faham.

5 October 2020

MAHIRA KENANGA : SE-KLASIK NAMAMU, SE-SOPAN ADABMU

 




Well..well..well..
Lama kekdahnya aku tak menulis kat blog ni. Selalu aku share pasal life kat IG or FB ja.
Tapi disebabkan abang-abang nya ada entry kat sini, kita harus bagi adil semua.
So here it comes!
.
Aku dapat tahu aku pregnant masa January 2020, awal tahun. Memang tak jangka sebab memang aku tak berharap nak mengandung pun. Dengan banyak nau dugaan bertimpa-timpa, ekonomi tak berapa bagus. So memang aku tak jangka. Tapi, ya, kalau dah Dia berkehendakkan, maka jadi lah. Ha gittew.

Mengandungkan Mahira, memang banyak sangat dugaan dan ujian. Mabuk teruk tak payah cakap. Aku sampai tak boleh nak ride pi kerja ke Bangsar. Aku terpaksa naik grab or train. Itu pun serupa macam orang daki Gunung Kinabalu dia punya penangan.

CEPAT PENAT.
CEPAT SEMPUT.
CEPAT LELAH.
CEPAT LETIH.
CEPAT MENGANTUK.
Yada..yada..yada..

Lastly aku minta dengan Kian Yoong nak cuti sementara. Aku tak boleh hadap. Kebetulan tiba-tiba PKP masa March hari tu, terus aku duduk rumah ja. Nak berniaga tak boleh. Memang aku macam zombie dah masa tu. Serba tak kena. Aku kena aktif, kalau tak aku jadi macam orang hilang akal.

Then aku di-diagnosed sebagai pesakit MDD (Major Depressive Disorder). Sebenarnya dah lama aku hadap. Ada ja aku share kat blog ni tapi aku tak pi dapatkan rawatan yang sepatutnya. Disebabkan aku mengandung, memang doktor and nurse pantau aku habis-habisan. Sebulan sekali kena jumpa psikiatri and on ubat, sampai lah diberitahu bila patut aku stop. Disebabkan ni juga lah aku tak boleh tak buat apa-apa. Aku kena sibukkan diri aku. Kalau tak, aku 'mati'. Gittew.

Habis PKP, dah boleh niaga, aku start over from 0. Aku stop kejap niaga ikan, aku buat jual goreng-goreng. Cuq udang, pisang goreng, cekodok. Ha jemput mai ke gerai aku kat Taman Anggerik, depan Anggerik Maju. Okay done promote. Aku suka niaga hak ni. Aku tak stress. Aku penat tapi aku seronok. Kalau boleh, hari-hari nak buka tapi disebabkan Ahad, kedai kak ipar aku tutup, aku terpaksa tutup sama. Sebab aku tumpang barang niaga dalam kedai dia. Kalau Ahad or time kedai terpaksa tutup, engkorang tengok lah keadaan aku macam mana. Dah serupa mayat hidup. Mula lah demotivated. Orang lain suka cuti, aku terbalik. Hahaha.

Due aku sepatutnya 15 October 2020 tapi disebabkan aku ada 2 prev.scars, doktor awalkan 2 minggu. Automatik LCCS and BTL (Ikat). Ada yang kata sayang, rugi, sebab muda lagi tapi aku okay ja. Bersyukur sangat sebab dah dapat both lelaki and perempuan. Dengan MDD aku ni, aku tak rasa aku mampu hadap lagi 1 kehamilan. Dia punya tahap merempan, memang buat diri menyesal dikemudian hari. Oh tidak lah ya.

1 October 2020 aku kena masuk OT so 30 September aku kena masuk ward dah. Sehari sebelum aku check in, aku hantar Sunan and Don balik Karak. Kesian kalau tinggal kat sini, tak terjaga. Biar lah jauh kejap asalkan terbela. Tapi aku punya hati and jiwa, rabak tak payah cakap lah. Sebelum pakcik aku sampai nak ambil dorang, aku dengan Sunan dah meraung-raung dulu. Don? Dia peduli hape. Bila dorang dah gerak pi, automatik suasana mendung dalam rumah. Sesunyi alam. Meraungggg lagi. Sikit lagi aku nak duduk bawah paip air sambil nyanyi lagu New Boyz. Sebab aku takut kalau aku pergi bersalin kali ni, aku tak balik sebagai orang bernyawa dah. Ni first time aku rasa macam ni time nak beranak. Hak berdua tu okay ja pun.

30 September 2020 ---
Pukul 8.30 am aku and laki aku gerak pi Hospital Sungai Buloh. Sebab pukul 9 am sepatutnya kena ada dah kat sana tapi faham je lah orang melayu ni. Pukul 9 dia, pukul 10 kita. Hahahha. Sampai ja kat sana, check in apa semua, aku masuk PAC, Amit balik. Jadual OT aku pagi esoknya jam 9 am so pagi pagi esok tu Amit kena datang semula untuk sign consent. Tapi malam tu, nurse datang kat katil aku and bagitahu aku first case. Terus rasa berdebar. So se-awal 8 am dah kena masuk OT.

01 October 2020 ---
Jam 9 am, nurse tolak aku ke OT tapi bila dah sampai, terpaksa patah balik sebab ada emergency czer yang perlu diutamakan. So jam 11 am aku pi semula ke OT. Kali ni betul betul punya. Amit pun ikut sampai OT sebab doctor bius nak jumpa and bagi penerangan. Aku rasa time ni aku memang mampu bertenang sangat. Masa nak cucuk epidural pun aku relax gila and rasa sekejap sangat. Masa Don, kemain hazab aku rasa. 

Proses pembedahan tak payah lah aku cerita. Siapa yang pernah kena potong gitu, tahu lah apa rasa dia. Cuma kali ni aku boleh nampak darah-darah, alatan bagai tu melalui biasan kat lampu OT tu. Mata tak nak pandang tapi otak suruh pandang. Hahahaha. Aku nak tidur tak boleh, entah kenapa padahal mengantuk bius tahap dewa dah. Maybe aku takut kalau aku tidur, aku tidur terus. Aku terus terbayang Cha Yu Ri dalam Hi Bye Mama tu. Choiii.

1.30 pm ish, keluarlah anak dara nan sorang ni. Suara dia tak payah cakap lah. Memang bergema OT. Lepas keluar Mahira, proses BTL pula. Sap sap soi, 3pm ish aku masuk ward semula.

Aku dapat Mahira keesokkan harinya tu, 2 October 2020. And hari tu juga dapat balik tapi malam. Jarang orang czer dapat balik awal tapi disebabkan dorang nak clearkan ward sebab covid meningkat, semua dia bagi discharge cepat kalau boleh. Aku punya perasaan tak payah cakap lah. Kalau boleh melompat, aku buat dah. Hahahaha.

So hari ni hari ke-5 Mahira kenal dunia. Aku berpantang kat rumah sendiri ja. Malas nak travel balik Karak dengan keadaan virus merata ni. Just tak sabar nak tunggu Sunan and Don balik for siblings reunite. 

Nama Mahira ni aku cedok dari nama moyang aku, Moyang Mahira. Kenanga pula, sebab apaknya suka nama tu. Baik lah, kita gabungkan lah sekali. Sebab tu orang cakap, tak unik bukan Fara lah kekdahnya. Kah!

Semoga Mahira menjadi anak solehah dan berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara. Ha gittew ucapan patriotik mak kau.

Lastly --
YEAY!!!!
AKU ADA TRAVEL PARTNER!!!!!!

Regards,
Mama yang cantik

4 April 2019

APRIL : BULAN KESEDARAN CESAREAN (C-SECT) SEDUNIA

Assalamualaikum and hi..

Lamanya tak menulis blog. Makan bulan kekdahnya. Malas. Haha. Tapi rajin ja share life kat IG or FB or Twitter. Mohon ke sana lah kalau nak tahu kisah hidup si sendu ni. Eh eh eh. Macam orang peduli. Kah!

Rasanya even dah lambat, nak juga wish;
HAPPY NEW YEAR GUYS!!!
.
Tadi ternampak kat timeline, ada yang share pasal Bulan Kesedaran Cesarean Sedunia. Aku yang dua kali cs ni pun tak alert sangat dengan benda ni. Apo laaaa.. So memandangkan tengah dalam suasana kesedaran ni, tergerak nak share tentang pengalaman dua kali cs. Even pernah ja cerita dalam entries sebelum ni but ah lantakkan. Nak cerita juga. Plus ni aku cerita sekali jalan. Gittew.

Lets begin.
.
First - Sunan Andika

Sunan ni breech masa kandungan aku 37 weeks. So doctor Klinik Kesihatan Kuala Selangor set kan appointment aku kat Hospital Sungai Buloh bila kandungan tepat 38 weeks. Bila dah sampai masa, aku pun pi. Hari tu Jumaat, aku ingat lagi. So masuk bilik doctor, and dia scan sekali lagi. Yes, tetap begitu kedudukan dia. Kepala kat atas. Maybe dia bercita-cita untuk jadi pemimpin suatu hari nanti. Then doctor suruh masuk labour room on the next Monday untuk pusingkan dia. Aku pun angguk jurrr. 

Esoknya tu, Sabtu, aku still kerja macam biasa. Tiba-tiba rasa basah seluar dalam. Mula-mula sikit, kemudian jadi lejut satu seluar. Tapi aku tak rasa sakit langsung. Aku pun pi kat mak mertua, bagitahu pasal tu. Dia terus gelabah cakap NAK BERSALIN DAH NI. Aku buat relax, balik rumah kemas baju sikit-sikit sambil call Amal suruh balik. Dia sampai ja, terus gerak pi Hospital Sungai Buloh. Sepanjang jalan aku siap boleh gelak tawa and request nak makan ayam golek. Tak sakit punya pasal.

Sampai ja kat PAC, aku terus daftar. So prosedur macam biasa lah. Siapa yang pernah bersalin tahu lah kan. Malas aku nak cerita panjang pasal tu. Haha. Masa doctor cek jalan, dah buka 2cm. Aku dengan blur-blur terus cakap yang aku ni breech. Kelam kabut houseman tu panggil doctor sorang lagi. Ye lah kot houseman. Tak sure pula. Haha. Dengan pantas dorang tanya aku, makan pukul berapa hari ni? Aku jawab lah tengah hari tadi sempat minum air milo kotak ja. Then dorang suruh aku puasa dah. 

Sepatutnya aku masuk OT pukul 11pm tapi disebabkan jalan dah buka 6cm plus leaking banyak, doctor gesa buat cepat. Pukul 9.30 pm nurses dah ready kan aku untuk ke OT. Dorang panggil Amal untuk ambil barang aku semua then terus gerak. Still aku tak rasa sakit ke apa. Just tak selesa sebab tiub kencing tu. Hahaha. Sampai kat OT, ada doctor lelaki sambut aku. Dia bacakan prosedur and terms then aku kena sign. Sempat lagi dia cakap -- BETUL KE NAK BERSALIN NI? RELAX JE MUKA. TAK SAKIT? Aku gelak je sambil geleng. Hahaha.

Second hazab, masa nak cucuk epi. Kena mengiring dengan kadar yang lama. Hilang sabar rasanya time tu. Tapi mujur doctor lelaki tu pandai ralitkan aku. Ajak borak-borak. Masa dah nak start, aku req untuk doctor tutup pandangan mata aku dari ternampak aktiviti potong memotong. Sebab aku boleh nampak terus dari reflection kat area lampu atas. I is tak kuat ya. And doctor lelaki tu asyik lah ajak sembang. Aku ni macam mengantuk penat sebab bius tu kan tapi dia tak bagi lelap. Entah ngape. 

Tengah borak-borak tu, aku macam terasa ada benda ditarik keluar dari dalam perut. And perut rasa ringan weh. Kosong. Then aku dengar budak menangis. Alololo... Tudia si laksamana dah keluar. Doctor perempuan bawa dia kat aku untuk tengok jantina. Nampak lah cenonet tu ha. Terus rasa cinta mendalam. Dia cucikan Sunan then bawa ke bilik baby sementara dorang bawa aku ke ward. Disebabkan bius tu ada lagi, aku tak boleh nak makan and minum plus bergerak. So dorang jagakan baby. Sampai kat ward, Amal dah tunggu. Time ni hazab nombor 3. Muntah air tak berhenti. Ya Allah, letih nya. Dah puas aku muntah, aku tidur sampai lah nurse kejut untuk susukan anak. Kau bayangkan dengan perut gitu, kau nak bangun time susukan. Memang rasa nak menangis. Tapi ku gagahkan jua.

Masa awal-awal berpantangkan Sunan, memang totally 90% perlukan orang untuk bangun. Sebab sakit and tak biasa lagi. And now, yeah, that laksamana dah 5 years old 💕
.
SECOND - DON ARAFAT

Aku memang target nak bersalin normal masa Don ni. Masa dah 36 weeks, jumpa pakar kat Hospital Tanjong Karang. Doctor pun bagi semangat untuk bersalin normal. Memang aku get ready ja lah. Tak pernah rasa kan. Berdebar juga. Haha.

Masa 39 weeks 4 days, Thursday, aku buat check up kat Klinik Desa Kg Kuantan. Entah macam mana, BP high. Nak dijadikan kisah, masa aku 38 weeks, aku admit ward kat Tg Karang untuk sehari sebab baby kurang gerak. Time tu memang BP aku mencanak naik tapi nurse buat biasa ja. Aku pun lantakkan lah. Tak sangka berpanjangan. Back to story... Nurse Kasmah (KDKK) terus rujuk aku ke Klinik Kesihatan Kuala Selangor sebab dalam masa yang sama, air kencing aku kotor and kaki bengkak. Dorang takut aku eclampsia nanti. Sampai sana, check BP sekali lagi and nurse suruh aku rest. Dah rest dalam 20 minit, tetap begitu juga BP aku. Tak pandai turun. Terus jumpa doctor. And doctor referred aku ke Hospital Sungai Buloh. Dia consult aku and cakap kita akan keluarkan baby esok or lusa. Baik lah..

Aku naik ambulance ke sana. Petang baru Amal sampai. Paling sedih was tinggalkan Sunan. Tu seksaan jiwa tak terbendung. Hahaha. Kepala pula sakit memang tak boleh diajak berbincang. Pantang bergerak sikit, rasa nak hentak kepala ke dinding. Sakit namatai. Sampai nak makan pun nurse yang hantarkan makanan ke katil. Sebab kalau duduk kat PAC, kena ambil and makan sendiri kat pantry. I was tak kosserrr. Sebab sakit ya amat. Kang boleh jatuh.

Long short story, aku naik ward on the next day, Jumaat. Itu pun petang dah. Sampai ward, katil penuh. Terpaksa melukut di tepi gantang kat tepi tingkap. Panas tak kena kipas. Bila doctor datang nak pantau BP, still tinggi. Selamba aku cakap sebab panas. Doctor tu gelak je lah. Dalam sejam kemudian, ada sorang patient kena masuk OT. So aku ganti katil dia tu. Lega dia tak payah cakap. Hahaha. So menunggu lah untuk induce pada Sabtu nya nanti.

Aku induced pukul 8.30 am. Tapi pukul 12.30 pm baru rasa sakit-sakit. Orang kata sakit induce ni 10x ganda dari sakit biasa. Aku ni tak pernah rasa pun sakit beranak biasa tu. So bagi aku, sakit induce ni macam biasa lah kot. Hahaha. Aku bawa berjalan keliling ward, nak bagi jalan buka. Sebab belum ada bukaan time tu. Sakit sampai nak berjalan pun cungap juga masa tu. Tapi bila sampai makanan tengah hari, selamba ja aku telan. Konon nak ambil tenaga lah nanti. Sakit ke apa tolak tepi. Hahahahahaha. Pelahap gila.

Around 2 pm, doctor datang checked jalan lagi. Dah buka 2cm tapi degupan jantung baby tak cantik. Dia panggil sorang lagi doctor, check semula. Okay balik. Sampai jam 3pm, itu lah kejadiannya. Berselang 10 minit ya. Jantung baby tetap turun naik. Bila bukaan dah 4cm, doctor tak nak tunggu lagi. Sebab fatal distress. Emergency cs. Tak sempat tunggu Amal, doctor terangkan kat dia dalam phone ja. Then dorang bagi aku minum something then aku jadi kebas 1 badan. Bercakap pun macam orang kena stroke. Doctor tanya nama pun aku jawab entah apa-apa. Lepas tu aku tak sedar apa.

Tahu-tahu ja aku dah sampai OT. Itu pun sebab dorang nak transfered katil aku. Then doctor suruh aku duduk peluk bantal. Kali ni aku induce dalam keadaan duduk. Even aku dah lumpuh 1 badan, tetap rasa macam hilang sabar. Aku still boleh bergerak sebab proses induce tu macam lama sangat. Dengan kena tunduk nya. Eh tak boleh tahan woi. Rasa nak bergaduh. Dah settle semua, aku terbongkang tidur. Ada doctor yang tak bagi aku lelap. Tapi ada sorang ni cakap, biarkan tidur. Sebab BP aku still agak tinggi. Takut aku lagi stress masa kejadian gamaknya. Aku memang tak sedar apa. Aku terbangun sebab kena kejut. Doctor perempuan bawa Don kat muka aku untuk kenalpasti jantina. Naaa... Tudia panglima dah mai. LOL. Lepas aku cam semua, aku tidur mati balik. Sampai lah Amal datang tengok aku kat ward.

Ayat pertama dia -- KENAPA TERDAMPAR MACAM DUGONG?

Hahahahaa. Dengan tirai tak tutup. Waktu melawat bagai. Terdampar macam hapa. Malu gila woiii. Amal bawa Don jumpa aku. Aku memang layu gila. Amal balik, aku suruh nurse ambil Don then tidur semula. Apo punya peel mak ni. Kah! Aku berpantangkan Don sangat senang. Hari ke 3 selepas keluar hospital pun aku dah relax jemur baju. Dah pandai manage cara bangun yada yada yada. Pengalaman mengajar jadi lebih baik. Gittew.

And now, Don dah 3 years old. Memang mengundang kejadian mak naga setiap hari. Plus jenis bercakap tak henti 💕
.
HABIS!
Tema nya anak-anak aku dua-dua di-bersalin-kan pada hari hari yang sama - SABTU. Beza time ja. Sorang malam, sorang siang terik mentari. LOL

.
No matter how mak mak bersalinkan anak, kita tetap bertarung nyawa demi kelangsungan satu lagi nyawa. Kau bersalin normal sakit meneran ke, bersalin cs sakit nak bersin batuk ke, kau tetap mengandung bawa perut ke sana sini selama 9 bulan 10 hari. 
Tak ada yang nafikan fitrah tu.

Regards,
Fara
Mama laksamana & panglima

23 December 2018

PENGAMBILAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N19 DBKL : WRITING TEST AND INTERVIEW JOURNEY

Assalamualaikum.

Kemain tajuk post kau. Hebahan sangat kekdahnya. Macam lah orang kisah. Haha.

WRITING TEST - 15/11/2018

Aku dapat emailed tentang ujian ni on 09/11/2018. Terperanjat juga lah sebab sekian lama tak dapat mana-mana panggilan bagi sektor kerajaan. Tapi sebenarnya aku sendiri tak ingat masa bila aku applied untuk jawatan ni kat DBKL. 

Sehari sebelum hari kejadian, aku dah informed boss yang aku ada test ni. Kebetulan dia masuk office hari tu. Kian Yoong macam termenung kejap. Then tiba-tiba dia tanya aku; "KALAU U DAPAT JAWATAN TU, HOW MUCH THEY PAY U EH?" Aku jawab lah apa yang aku tahu. Around RM1,400.00. Kemudian dia diam balik. Lama sikit tu, dia bunyi lagi; "WE NEED TO START OUR KINDERGARTEN PROJECT. PLUS I WILL FOLLOW UP WITH MY FRIEND ABOUT OUR ACCOUNTING SERVICE. SO THAT U CAN START BOOK KEEPING HER COMPANY ACCOUNT." Nampak tak kengkawan semua? Betapa dia tak nak lepaskan staff yang berkaliber macam aku ni. Kah!

Pada hari kejadian, aku bangun awal gila. 5.30 am dah bangun ya. Subuh pun belum masuk lagi. Aku mandi and bersiap then solat. 6.45 am aku dah keluar rumah sebab test tu start 8.30 am. Atas LATAR, hujan dah rintik tapi tak lebat. So aku redahkan juga. Masuk je toll kat Federal Highway, hujan dah light light lebat nya tu. Aku tetap gerak macam biasa. Masuk Cheras, hujan memang lebat. Nasib baik dah nak sampai. And mujur aku pakai jacket. 

Sampai sana, register apa bagai, masuk hall. Dalam hall tu ada sorang staff DBKL ni. Dia macam bersoal jawab dengan semua candidates. Aku macam, eh, apehal dia main tanya-tanya soalan ni? Bukan ke ni typing test?? Ye kawan-kawan, aku selama tu memang beranggapan aku akan hadap TYPING TEST! Gigih aku practice menaip tau. Tapi tak ye. Sebenarnya WRITING TEST! Mula lah aku gelabah beruk dok hafal and baca tentang DBKL. Tu yang aku main hentam je jawab siapa nama Timbalan Menteri Wilayah tu. Nasib baik soalan banyak soalan Math. 

Habis test, terus pecut ke Bangsar pula buat kerja macam biasa. Memang tak fikir pun akan lepas ujian tu. So aku biarkan aje.

INTERVIEW - 12/12/2018

Aku dapat emailed on 03/12/2018. Memang menjerit happy weh. Tak sangka lulus test even jawab nama menteri pun salah. Hahahaha. So memang aku prepared baca segala isu semasa. Sebab dulu masa aku pi interview Majlis Daerah Raub, dia tanya aku berapa harga semasa gula. Then kemudia aku dikatanya tak layak sebab ada diploma. Nak pakai yang ada SPM sajork. Eh, terluka berdarah betul hati time tu.

Interview ni pukul 1.30 pm. So pagi tu aku masuk office dulu. 12.00 pm baru gerak kekdahnya. Sampai sana 1.10 pm. So aku naik je atas, duduk tunggu sebab interview start 1.45 pm kata interviewer tu lah. Aku dah buat muka face palm. Hahahahaa. 

Dah sampai masa, masuk bilik menunggu ramai-ramai sambil tunggu nama kena panggil. Sekali masuk, 6 orang. So aku macam kurang lah sikit nervous tu. Group aku group yang last masuk. Interviewer pun dah lemau kekdahnya. Ye lah, beratus orang dorang hadap dari pagi. So tanya pun macam ala kadar. Tapi tu lah ye. 1 hapah pun tak tanya isu semasa. Dia tanya pasal diri kita, kerja kita, and misi kita dengan DBKL kalau terpilih. Aku ni dah lah jenis payah bab spontaneous ni. Habis keluar bahasa rojak BI-BM. Sebab ada words yang aku selalu guna in BI, bila nak translate tu BM on the spot, aku blur. Nak terangkan words tu pun, aku bantai guna maksud BI juga. Lantak kan sana. 
.
.
So itu lah sajork. Overall, aku memang tak berharap. Sebab pertama; Most of them yang datang, ada lah gov. staff juga. Yang mana dorang ni dalam kontrak or yang berjawatan bawah sikit. So kira untuk kenaikan pangkat and tetap lah. Kedua; Yang dipanggil interview adalah seramai 400 orang (almost). Bilangan jawatan yang kosong cuma 50 sahaja. Hahahahaa. Tawakkal je lah ya.

Regards,
Tukang Cari Kerja Yang Gigih


14 September 2018

PAHLAWAN KEMBAR SYURGA : AHMAD DAN MUHAMMAD

Lately aku dikelilingi oleh para ibu yang mengandung, yang berpantangan dan tak ketinggalan, yang keguguran or lost their baby after birth. Masing-masing ada rezeki masing-masing. Ada yang pernah hilang anak (meninggal), sekali Allah balaskan dengan anak-anak yang berderet selepas itu. Who knows.

Aku nak share kisah Ahmad dan Muhammad; pahlawan kembar aku yang tak sempat menjenguk dunia. Aci lah kan. Abang-abang nya ada je kisah kelahiran dalam blog ni. So being fair and square, mama harus tepekkan sekali kisah this twin warriors. Baru dapat kekuatan nak cerita.

Never expected of this miracle. Tahu aku pregnant tapi tak tahu yang aku tengah bawa kembar. Sebab aku tak pernah lagi pergi check up. Just buat UPT. Aku rasa, aku beli dalam 5 units bendalah ni. Berlainan jenis. Sehari, satu kali kekdahnya. Hahahaha. So decided nak buat check up masa 2 or 3 months nanti. Terus buat buku merah lah senang. 

Pregnancy aku sangat smooth. Tak ada loya, pening or whatsoever. Sama je macam Sunan and Don dulu. Okaylah, rasa letih and nak pitam tu selalu. Tapi aku try banyakkan makan yang berkhasiat sikit. Kebetulan kerja tengah menimbun so nak rest dengan tenang, memang payah. Malam pun aku pulun kerja. Nak tak nak, aku kena jaga makan.

Sampai lah masa kandungan aku dalam 9 minggu macam tu (aku kira sendiri pakai pregnancy calendar), aku decided nak cuti panjang. Berehat, balik Karak. And my holiday was very very nice, relax and fun. Sampai lah lagi 2 hari aku nak kena balik Selangor. 

Sabtu, tengah hari, aku ada jumpa sorang ustaz area rumah abah ibu. Nak minta dia tolong scan kan diri aku ni. Kan terlalu banyak sangat gangguan and mimpi-mimpi pelik yang aku dapat. Selepas aku banyak bertanya, kemungkinan gangguan jin and saka. So aku decided nak berubat. Ustaz tu kata, datang Ahad. Means keesokkan harinya sebab hari tu dia tak busy. Aku iyakan je.

Selepas aku cakap nak berubat, start petang Sabtu tu, aku asyik kentut tak berhenti. Angin kemain banyak dalam badan. Menderu-deru perginya. Hahahaha. Aku assumed yang memang angin teruk lah. Sampai ke malam, still tak berubah. Worst, aku dah tak boleh nak kentut pun. Menggelisor weh. Duduk salah, baring salah. Sumpah tak selesa. Rasa macam nak gastrik tu pun ada.

Around 5 am (Ahad), aku dah rasa sakit gila babeng. Kaki rasa lemah sangat. Aku pi toilet nak kencing, nampak ada secalit darah kat spender. Aku terus kejutkan ibu, bagitahu. Ibu suruh aku kejut kakngah, ajak pi hospital. Start berdarah tu, aku rasa sakit selang seminit. Contraction yang lagi sakit dari contraction nak bersalinkan Don. 

Sampai hospital, doc scan perut. Dia tanya, berapa minggu. Aku jawab 9 minggu. Dia tanya aku banyak kali, sure ke? Then aku bagi tarikh last period. And dia kira, memang 9 minggu. Tapi dia pelik sebab besar. Masa ni dia tak cakap apa pun lagi. Dia tengok jalan, tak ada yang buka. Means baby aku selamat. Dia bagi aku vitamin kuatkan rahim. Then aku balik. 1 hari suntuk aku berkurung dalam bilik, tak bangun tak apa. Baring je sebab sakit tu berulang-ulang.

4.30 am (Isnin), sakit aku makin kuat. Makin memulas segala usus rasanya. Ha kau, imaginasi ngeri sangat. Hahaha. And terasa nak kencing. Masa kencing tu, ada benda yang ikut sama keluar dengan air kencing. Berketul-ketul darah keluar. Aku dah jerit panggil ibu. Terus siap-siap ke Hospital Bentong balik.

Sampai sana, doc scan and informed yang baby memang dah tak ada. Doc korek baby bagi keluar. And masa ni aku tak tahu pun yang baby aku tu sebenarnya, BABIES. Kembar. Doc pun tak inform aku. Tak tahu kenapa. Tapi proses korek tu tak habis. Still ada yang tertinggal. So nak tak nak, kena transfer ke HOSHAS. Masa dalam ambulans tu, rasa penat gila. Tapi nak lelap tak boleh. 

Sampai HOSHAS, lepas staff ambil keterangan aku, check BP bagai kat emergency, dorang tolak aku pergi PAC. Nak kasi keluarkan yang ada tu lah. Sementara tunggu giliran, ada lah sorang nurse ni lalu depan aku sambil pegang bekas spesimen ke apa, tapi macam tabung lah and dalam tu ada ketulan or kantung (tak sure). Dia datang kat aku and said;

"TAHU TAK ANAK AWAK NI KEMBAR? TENGOK, DUA. BERTABAH LAH PUAN."

Aku daripada jiwa tengah okay, terus rasa termengkelan. Rasa tak tertelan air liur. But I try so hard untuk tak menangis. Aku senyum je pandang nurse tu. Then dorang suruh aku baring atas katil untuk jalankan prosedur. Believe me, sepanjang masa tu, aku hilang rasa. Korang buat lah apa pun, aku tak kisah dah. Aku dok mikir betapa jahat nya aku dengan anak-anak aku tu. Aku kerja tak ingat dunia sampai aku lupa aku tengah bawa nyawa. Tapi tu lah, aku tak menangis. Sampai kan doc kat situ pun cakap, aku antara ibu keguguran yang ceria. Hahahaha.

Doc kata tak boleh nak keluarkan dengan cara manual lagi dah sebab tak terjangkau. Nanti aku yang sakit. So kena masuk OT. Aku iya kan aje. Start that time, aku kena puasa sampai lah pukul 2pm. Then prosedur dalam OT tu, aku tak tahu menahu langsung. Sebab dia suntik dengan pelali, aku tidur tak sedar diri. Mujur tak macam dugong terdampar lagi.

So itu lah perjalanan aku dengan my pahlawan syurga, Ahmad dan Muhammad. Ibu mana yang tak sedih. Bodoh lah kalau cakap aku tak sedih. Tapi aku cuba berlagak biasa. Maybe sebab hati aku terlebih kental. Ada masa, aku menangis juga tapi tak lama. Sebab aku tahu, dorang bahagia di bawah jagaan Nabi Ibrahim a.s. Jagaan yang sempurna.

Sunan ada lah juga tanya mana adik dalam perut yang mama makan tu. Hahahahaha. Mulut dia tu memang tak ada insurans. Aku cakap yang Allah ambil simpan. Then aku cakap kat dia, kalau nakal-nakal, nanti mama ikut adik duduk dengan Allah. Terus dia insaf sekejap. Sekejap je lah. Lepas tu membuas balik. Sabaaaaarrrrr je lah.

Takziah kepada para ibu yang pernah kehilangan anak syurga mereka. Jangan bersedih. Hikmah Allah itu rahsia.

Regards,
Mak kepada Sunan, Don, Ahmad dan Muhammad.

29 August 2018

DEPRESSION : STRUGGLE IS REAL

Assalamualaikum and hi,

Lamanya tak update blog. Malas plus busy dengan kehidupan. Aiceh.. Macam lah engkau seorang yang ada kehidupan ye Fara.

Disebabkan kesibukan dunia, aku menghampiri tekanan yang menjerumus kepada depression. Allahu.. Sakit nya jiwa. Sakit melawan pelbagai rasa yang tengah berperang dalam diri kau. Rasa sunyi, sedih, penat, lelah, seorang yada yada yada. End up, kau rasa nak ma**.

Aku jadi baran yang tak boleh diterima akal. Baran melampau-lampau. Kadang puncanya kecil je tapi rasa nak marah tu macam nak bunuh orang. Selalu jadi mangsa adalah anak-anak. Selalu jadi mangsa keadaan. Sedih nya weh.

90% penyumbang ni adalah kerana kerja. Ya, KERJA. Siapa yang follow aku, tahu lah macam mana perjalanan kerja aku sekarang. So kalau tak meroyan, tak sah. Bila tekanan kerja tu datang, aku terbawa-bawa sampai ke rumah. Dah tr y hard untuk asingkan jiwa tapi tak mampu. Rasa makin meraban. Hahaha.

Ada masa, aku jadi malas. Rasa nak baring kaku tak buat apa-apa. Ada masa, aku nak menangis je. Biar bengkak mata. Ada masa, aku nak sibukkan diri dengan kerja. Biar gila berterusan. Ada masa, aku nak hamun semua benda. Rasa jiwa sempit.

Latest, satu hari aku kemurungan. Aku cakap dengan anak-anak tanpa nada yang lembut. Marah, jengil, jerit pekik. Ya aku tahu tak bagus langsung untuk pertumbuhan anak-anak. Tapi nak buat macam mana? Aku tak boleh nak kawal 100%. Then aku menangis. Menangis bukan yang biasa-biasa tu. Aku menggogoi macam budak hilang mak. Rasa sakit kat dada tak mahu hilang. Rasa jantung mahu pecah. 

Then aku dengar suara dalam kepala. Suruh aku buat benda bodoh. Nauzubillah. Kalau aku hilang pedoman masa tu, tak ada dah aku hari ni. So aku cepat-cepat cari Tuhan. Menangis macam orang gila di setiap sujud. Lega. Walau sedikit.

Ya, struggle is real. Siapa yang kata depression itu benda remeh, isu untuk di-mengada-ngadakan,fikir semula. Tak siapa yang nak ada dalam keadaan macam ni. Antara kuat dengan tak je. And alhamdulillah, aku masih belajar untuk kurangkan tekanan. Aku belajar let go. Semoga cukup kuat lah sampai tua.

Regards,
Me.

5 June 2018

IMBAU

Ada masa, datang kenangan.
Tak mampu ditepis tepi.
Diselak satu demi satu.
Terpampang betapa kenangan itu banyak.

Di setiap satunya dipahat rasa.
Duka.
Suka.
Bahagia.
Lara.
Bercampur aduk tanpa diasak.

Ada masa hati meruntun.
Hiba.
Setiap yang hadir makna nya mungkin berjuta.
Payah nak di ghaibkan.
Kekal tak berganjak.

Memori.
Entah bila akan kenal erti pergi.

29 May 2018

LAMPAU

Masa lalu.
Mana mungkin diulang kembali.
Dia diam di situ.
Kekal di tempatnya.
Tidak berkalih.

- Fara Kamarudin -

1 May 2018

KISAH DON DAN TIGA PENGASUH

Haaa, tajuk kemain mengalahkan buku cerita dongeng kanak-kanak. Macam Snow White dan 7 Orang Kerdil, Sang Kancil dan Sang Buaya yada yada yada. Okay back to the path.

Don ni baru 1 tahun 8 bulan. Tapi dia dah bertukar 3 orang pengasuh tau. Tak macam bangnan. Sorang tu je lah pengasuh yang ada dulu. And she was the best baby sitter I had. Gila tak best? Dia jaga anak kau macam anak dia sendiri. Makan pakai terjaga. Bangnan tu bersih je sepanjang duduk dengan dia. Tapi sekarang? Allahu. Kalau tak berminyak hitam, mesti berlemuih peluh. Tak pernah lah aku balik kerja, dia suci bersih seharum mewangi. Mesti kelat. Sebab dia duduk bengkel dengan apak nya.

Okay, berbeza dengan Don. Aku memang kena hantar dia ke rumah babysitter. Kalau tak satu apa pun tak jalan. Ye lah, aku ni bukan lah kaya raya yang mampu duduk rumah petik jari duit masuk. Kena lah bertungkus lumus untuk dapatkan sekeping check gaji. Itu pun bertekak dulu dengan Ah So suruh dia pass kan check. Padahal nak minta duit sendiri tu. Kemain liat dia nak bagi. Hare betul.

PENGASUH 1 :

Masa Don baru habis pantang, aku hantar dia ke Pengasuh 1. Pengasuh ni dekat je dengan rumah aku and kedai MIL. So senang MIL nak pantau. Dia bagus. Jaga Don macam anak sendiri juga. Dikelek berjalan ke hulu ke hilir. 

Tapi sayangnya, dia selalu mengadu penat. Dia memang tak mengadu dengan aku. Dia bercerita dengan orang lain. Sebab dia pun buat kuih untuk berjualan. So dia akan penat. And orang ramai yang 'prihatin' ni, akan cerita semula kat aku. Aku mula lah rasa serba salah. Sebab anak aku ke dia penat? Jadi nya aku buat keputusan untuk stop kan. 

PENGASUH 2 :

Yang ni aku malas nak ulas panjang lebar. Cukup lah aku cakap, anak aku kena physical abused. Based on what people around that babysitter house told me before. And I still can't move on with that. What on earth were u thinking about that time? How could u hit other people kid? Tak rasa bersalah ke?

Lantakkan sana. Aku stop immediately. 

PENGASUH 3 :

Suddenly she said she don't want to babysit my son anymore! Tak ada ribut, tak ada angin. Bagi alasan pun bercampur aduk. Sekejap put a blame on other people. Sekejap kang sendiri punya badan. Entah. Payah nak tebak akal manusia.

And the best part was --- She told me with a text. A day before I start working again on Monday. Tahu tak kelam kabut tu macam mana? Macam taufan! Mana nak cari babysitter baru lagi, mana nak fikir pasal auditor nak bertandang lagi. Sebab Isnin tu ada auditor datang. 
Runtuh perasaan.

Then aku try move on. Dah orang tak sudi, buat apa dihegehkan. Lantak lah dia. 
But lets do this --- What u give, u get back. 
And I can smile without prejudice. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So itu lah kisahnya Don Dan Tiga Pengasuh.

Semalam juga dah dapat pengasuh baru. Thanks Allah. Kalau tak, sikit lagi aku nak jadi Wonder Woman tau.

24 April 2018

TIADA TAJUK

Assalamualaikum and hai korang.

Lamanya tak menulis kat sini. Sebab kalau ada apa-apa, aku direct tulis kat IG or FB. Tapi kali ni rasa nak meluah mengadu domba kat sini pula lah. Lantak lah ada orang nak baca ke idok kan. Aku kan suka syok sendiri mengandaikan ada orang yang baca blog sendu aku ni. 

Lately jiwa rasa gundah gulana. Serba tak kena. Entah. Macam ada sekatan untuk aku tempa bahagia. Hahaha. Kemain ayat kau. Tapi ye lah wei. Rasa macam --- Eh, apasal payah sangat aku nak ketawa dengan ikhlas ni? Okay, melainkan aku tengah tengok ceramah Ustaz Syamsul Debat. Yang tu memang aku gelak terbahak-bahak tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Gila tak gelak kalau tengok ceramah dia? Kelakar nak matai.

So bila aku rasa down macam ni, mula lah aku ter-flashback kehidupan aku yang dahulukala tu. Ye, kata orang kisah yang lama usah dikenang. Tapi tak boleh weiiii. Tetap terimbau-imbau. I is kenot brain. Why ah? Terkenang duduk rumah nenek masa nak raya. Dengan lagu raya berkumandang bagai. Then mula lah menyesal. Kenapa dulu aku tak betul-betul menghargai and ihklas untuk balik beraya rumah nenek kat Raub tu ha. Lepas tu menangis. Hahahahahaha. Bods betul lah.

Sebenarnya aku rasa aku dalam depression. Sangat! Terlalu banyak yang aku nak handle, aku nak hadapi. Memang orang kata, setiap pahit akan hadirnya manis. Tapi la ni, aku merasa manisnya itu sebentar cuma. Kemudian pahit kembali menjelma. Huwarghhh. Hidup ibarat roda; Kadang di atas, kadang di bawah. Kita kena akur. Tapi tahap bawah dia ni, tahap buat aku terduduk tak mampu nak bangun dah wei. Rasa macam, this is it. Enough lah. Aku penat. Gittew.

Pernah terfikir nak bungkus kain baju and lari. Pi lah mana-mana pulau terpencil or kampung terpencil macam kampung pulau yang Kashah Lagenda Budak Setan tu pi untuk buat thesis pejadah dia tu. Or kampung Fazura dalam Langit Cinta tu ha. Rasa tenang je kalau bayangkan. Itu baru bayangan gurauan, belum rasa betul-betul.

Tapi bila tampar balik muka sendiri, baru sedar. Ada dua ketul makhluk kenit yang memanjang melekap dengan aku tu ha. Bayangkan kalau aku tak ada. Apa nak jadi dengan dunia dorang? Mau terbalik kekdahnya. Bukan boleh percaya dorang tu. Nak pula si Don. Phewwww. Tahap lasak dia tu boleh mengakibatkan darah tinggi and sakit jantung. Bertabah betul lah.

Paling-paling yang aku mampu buat pun, duduk bertapa kat Bukit Malawati. Termenung hadap laut luas. Dengan angin bayu membawa bauan busuk lotong. Hahahaha. Tapi jadi lah. Rasa aman juga perasaan. Tak pun aku pi MMCineplex, beli tiket, tengok lah wayang sorang-sorang.

Sebut pasal tengok wayang, aku baru lepas tengok A Quite Place. The best part is, aku sorang-sorang. Bukan setakat sorang-sorang bawa diri, sorang-sorang dalam hall tu. Masa mula-mula masuk tu, memang gelap gelita. So aku keluar and buat perkiraan, nak teruskan ke or tak. And aku buat keputusan untuk teruskan. Ye lah, membazir dah beli tiket kan. 10 minit pertama, aku tidur. Boring plus aku over penat. Sekejap je duduk dah terlelap. Aku terjaga masa scene anak kecil dia kena tangkap dengan makhluk jahat tu. Lepas tu terus segar bugar. 

Sepanjang masa tu, aku tak lah rasa seram pasal hantu pawagam ke apa. Memang tak ada fikir langsung pun. Just berdebar dengan jalan cerita tu je. Rasa macam cepat lah kau mati wahai makhluk sekalian. Hahahaha. Andddd.... 5 minit terakhir memang saat mencemaskan bagi aku. Sebab staff cinema tu dah ada kat belakang. Get ready nak on lampu. Bukan cemas apa. Dia lelaki. So aku mula lah terbayang bukan-bukan. Kena bunuh and rompak ke kan. Haahhahaha. Teruk nau nau kepala otak aku ni.

Lepas semua tu, back to normal life lah. Kena siapkan audit file. Dah masuk musim audit kan. Almost 80% done actually. Nampak mudah pula kali ni. Lantakkan sana. Janji yang major macam Fixed Asset, Fixed Deposit semua tu aku dah settlekan. Tinggal nak offset mana-mana yang tak perlu je. Sebab dah ceased operation, banyak transaction macam dah tak valid lagi. So boss suruh write-off or offset je. Baik lah. Senang kerja aku. 

Even kerja aku banyak and buat aku stress kadang-kadang, aku still boleh bertenang. Tapi bila kat rumah, even anak tumpahkan air sikit pun, dia punya rasa tertekan tu sampai rasa nak menjerit kuat-kuat. Allahu. Entah apa kena dengan aku pun tak tahu lah. 

Semoga bertambah tabah lah wahai seorang Fara. Even depression is not a good thing, try lah handle dengan bijak ye. Nasihat untuk diri sendiri kekdahnya. 

Adios!

17 March 2018

SURI RUMAH vs WORKING MOM

Assalamualaikum dan salam sejahtera salam cium tangan ibu bapa.

Terbaca kisah/post seorang suri rumah yang mungkin mewakili semua suri rumah seantero Malaysia or maybe seantero dunia betapa perbandingan antara Suri Rumah dan Isteri/Ibu Bekerja itu ada. Oh yes, dah tentu lah ada. Aku tak nafikan. 

Aku tahu sebagai seorang suri rumah, penat dia tu macam mana. Sebab aku pun akan jadi fully suri rumah bila weekend. Bangun pagi, uruskan hal rumah and anak-anak. Selagi anak-anak tak tidur, tak mampu nak rehat. Aku faham sebab aku pun selalu hilang kawalan then bertukar menjadi Naga Seri Gumum. Hoih, penat tahap nak menangis peluk dinding tau. Belum lagi tiba-tiba boss whatsapp bagitahu ada client nak renew insurance jam tu juga. Bayangkan kelam kabut tu macam mana.

Yang aku tak setuju bila suri rumah tu highlight kan betapa working mom/wife ni mampu melawa dan bergaya untuk ke tempat kerja. Sedangkan dorang terpaksa lah berserabai sepanjang hari sebab tak sempat nak melawa bagai. Agaknya yang dorang tengok tu adalah pekerja atasan or boss besar yang duduk atas kerusi empuk bilik ber aircond yang duk tala ke dia aje. Belum lagi dorang tengok yang kerja kuli dalam bidang hardcore tu. Minta mengucap lah kalau dapat tengok dalam separuh masa kedua tu ha. Kalah zombie. Aku lah tu.

Pagi masa datang, lipstick elok je cantik kat bibir. Muka berseri-seri. Masuk tengah hari, lipstick entah ke mana, rupa dah macam ceti kejar penghutang. Mencuka penat plus mana nak sempat touch up sangat. Lain lah kau kerja memang kena hadap customer or clients. Yang tu memang kau WAJIB melawa. Kalau tak kang, lari lah semua. Sales and productivity merundum. Ini hakikat tau.

Working mom/wife ni sebenarnya lagi penat daripada suri rumah. Bukan setakat fizikal, mental juga boleh tahan hazab. Ye aku tahu suri rumah juga penat mental. Tapi sekurang-kurangnya dia kena hadap kepenatan and mental torture yang ada di persekitaran rumah dia je. Anak kecahkan rumah walhal baru lepas kemas. Anak tumpahkan air or makanan. Anak tak nak dengar cakap and tak nak tidur. Anak bla bla bla. Aku tahu lah, aku memang selalu rasa stress gitu. Hahahaha.

Tapi untuk orang yang bekerja, dia kena hadap tekanan yang datang dari pelbagai sudut. Performance tak bagus, boss bambu. Terlebih diam or terlebih rajin, office mate kutuk belakang. Malas, supervisor memetir. Servis tak bagus, clients hamun. Belum lagi masuk printer and mesin fotostat buat hal bila kau tengah urgent nak siapkan tugasan. So semua kena hadap benda ni. Jadi tekanan otak tu berganda-ganda. 

Balik rumah, ambil anak, kena siapkan semua hal rumah sebelum dapat rehat and masuk tidur. Tapi sebelum settle semua, kena hadap lagi tekanan yang ada dalam rumah pula. Anak degil tak nak mandi or makan, anak berebut mainan sesama sendiri, anak tumpahkan makanan tengah makan, or suami buat tak endah dengan urusan rumahtangga. Semua tu berkumpul jadi satu. Tu belum lagi terpaksa bawa balik kerja ke rumah and settle kan sebelum esok. Aku selalu kena.

Memang lah working mom ni bila hujung bulan je dapat duit sendiri. Boleh lah beli macam-macam yang dia suka. Tapi tak semua yang akan rasa macam tu. Ada je working mom/wife yang bila dapat gaji, berkira-kira boleh tak beli seutas rantai or handbag untuk diri sendiri. Or beli wallet yang harga maybe tak sampai RM20. Sebab dia kena tanggung juga segala perbelanjaan yang ada. Ini kalau jenis dapat lelaki biawak hidup lah. Or maybe suami bekerja tapi pendapatan tak mampu nak tampung segala hal. So isteri ni kena lah support sikit. 

Untuk setiap upah yang working mom/wife ni dapat at the end of the day, tak terkira banyak nya keringat fizikal dan serabutnya mental yang mereka kena hadapi. Yes mereka boleh berhua hua ditempat kerja untuk menghilangkan tekanan tapi di sebalik setiap tawa, kepala juga tengah fikir apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja kaki melangkah ke pintu rumah.

Or setidaknya diserabutkan dengan fikiran --- NAK MASAK APA DINNER NANTI??
Persoalan yang paling ditakuti setiap wanita. Kah!

Selamat berhujung minggu guys.

14 March 2018

MATI ITU PASTI. HIDUP...INSYAALLAH.

Hi guys, Assalamualaikum.

Maaf lah, tajuk kengkonon mendatangkan in-soffff sikit. Tapi like seriously, aku dikhabarkan dengan kematian within this 2 weeks. And I was like -- Eh, kenapaaaa? 

Last week, on Saturday morning, dapat satu text from my beloved friend yang aku dah anggap like my blood sister. The text was -- "SALAM, MAK DAH TAK ADA." Aku masih mamai masa tu. Baca dengan pelbagai rasa di jiwa. Then aku tanya diri sendiri -- BETUL KE WEH???

Mak is my foster mother yang aku dah kenal and rapat since I was 17. Yes, memang tak terlalu lama but every time aku datang jumpa dia or bermalam di rumah dia, terasa sangat dia manjakan aku. Same goes to ayah. 

Last time aku jumpa masa raya, memang dia macam kurang sihat. Kaki bengkak and sakit. Then I told her to go to hospital. Tapi dibalas -- KALAU PERGI PUN MATI. BIARLAH. Gosh, siapa lah kita nak paksa lebih-lebih.

And aku menangis for a whole day bila dapat tahu mak dah tak ada. Aku suruh family aku yang kat Karak untuk pergi lawat my other family sebagai ganti. Yes, both family are so close. Sepanjang hari aku kemurungan.

This week, on Monday, around 5.15 pm, dapat called from my SIL, asked about Atan, one of my colleague. Dia tanya, betul ke Atan dah meninggal? Tahu tak? Aku blur. Tanya banyak kali, again and again -- WHICH ATAN? Then I got the answer.

Heyyy... Pagi tu dia masih segar, sihat wal afiyat. Gagah beli breakfast at my SIL restaurant. Masih gagah kerja angkat sawit. Masih lalu makan at his lunch hour. Suddenly he died in the evening. Kau boleh bayangkan tak how shocked we are? 

Atan tu aku dah anggap macam abang sendiri. Se-negeri lagi pun. Even we are not working with a same company lagi, setiap hari setiap pagi kami akan lepak borak-borak kat guard depan kilang aku ni before kami masuk kerja ke tempat kerja masing-masing. So bila dapat berita kejadian macam ni, can't digest it well.

Ye lah, semua akan merasa mati. Since before our soul diizinkan Tuhan menetap di rahim bonda, dah tertulis bila tamatnya riwayat. Tetap pada masanya.

Bersemadi aman lah roh-roh yang pulang ke pangkuan Tuhan. Kerja di dunia sudah kamu habiskan. Sampai masa kami yang hidup akan menyusul.

Al-Fatihah.